Tautan Hati di Kelantan

By | February 26, 2014 at 7:43 am | 544 views | No comments | Artikel Bacaan, Artikel Umum, KeARAH Wilayah Timur

KOTA BHARU, 23 Februari 2014 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan program Tautan Hati siri ke 9 selama dua hari bermula Jumaat 21 Januari bertempat di Pejabat HALUAN Kelantan , Kota Bharu. Program ini disertai oleh 21 peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

En. Kamarudin Deraman selaku penasihat program Tautan Hati berkata, “Program ini diadakan atas 4 objektif  utama. Pertama, mengumpul tenaga lepasan SPM yang sedang bercuti bagi mengisi masa lapang mereka. Kedua, mewujudkan kefahaman tentang kepentingan usrah dalam kalangan peserta. Ketiga, mewujudkan halaqah remaja mengikut daerah seluruh Kelantan dan keempat merancang aktiviti dan projek dakwah yang akan dilaksanakan sepanjang cuti peserta.

Peserta bertaaruf antara satu sama lain dalam satu ‘Bulatan Gembira’. Pada sebelah malam,  peserta diberi pengisian tentang ‘Kesedaran Islam Sebenar’ oleh Encik Tarmizi Said. Antara  tajuk penting yang dibincangkan juga ialah ‘Usrah yang Berkesan’ dan ‘Projek Dakwah’ masing-masing oleh En. Kamarudin Deraman dan Dr. Mohtar.

Kalimah akhirah disampaikan oleh Penasihat Program Tautan Hati, En. Kamarudin Deraman. Beliau telah mengingatkan tentang rahsia seorang pendidik iaitu Ustaz Dahlan Mohd Zain berjaya membentuk sahabat-sahabat seperjuangannya kerana siang hari mereka bekerja, malam hari mereka meminta doa dan pertolongan dari Allah kerana hanya Allah yang memberi hidayah kepada hambaNya yang dikehendakiNya.


Penerangan tugasan Latihan Dalam Kumpulan


Slot Kesedaran Islam bersama Encik Tarmizi Said

Sesi Bacaan Al-Mathurat

 

Laporan disediakan ,
Fatin ‘Aliah binti Rusli
KeARAH Kelantan  

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri