Tahniah Peserta PeWARIS 9!

By | September 29, 2014 at 10:44 pm | 555 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Nasional, Pembangunan Modal Insan

“ Sesungguhnya seorang Daie apabila menerima hidayah Allah SWT dan bergabung dalam barisan da’wah bermakna dia memilih kepenatan & menceraikan kerehatan dan main-main”.
( Muhammad Ahmad Ar-rasyid )

Alhamdulillah , pihak Kelab Remaja HALUAN berjaya menganjurkan Perkhemahan Remaja PeWARIS HALUAN Kebangsaan , PeWARIS 9 yang  berjalan selama tiga hari dan dua malam di Kem Herba Kem Herba dan Hutan Ulu Perdik, Sg Congkak Hulu Langat , Selangor dihadiri para peserta terdiri daripada wakil-wakil negeri dan wakil-wakil dari sekolah-sekolah angkat HALUAN Malaysia seperti Ma’ahad At Tarbiyah Islamiyah (MATRI) di Perlis, Sekolah Menengah Ibn Khaldun di Selangor, Sekolah Menengah Agama Kampung Laut di Terengganu, SM AsSiddiq di Johor,SMA Ibrah di Pulau Pinang, dan sebagainya pada 13-15 September 2014 yang lepas.Dengan tema Remaja Berfikrah Penggerak Ummah ,  seramai 132 orang peserta terdiri daripada 63 peserta lelaki dan 69 peserta perempuan dari seluruh Malaysia telah mengahadiri program ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan kefahaman lanjutan fikrah disamping menerapkan pendedahan awal kemahiran berorganisasi dalam kalangan penggerak dakwah remaja serta membina ukhuwah para peserta dari seluruh Malaysia.

PeWARIS 9 dimulakan dengan majlis perasmian yg disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim, Pengerusi Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja (BPKR). Setelah itu merupakan sesi heart-setting oleh Kem Komanden PeWARIS 9, Sdr Mutaal Nawawi dan pengenalan para fasilitator bersama peserta. Heart-setting merupakan antara sesi yang penting di dalam PeWARIS 9 kerana ia merupakan sesi dimana para peserta dan urusetia kem meluangkan hati untuk diajak bersama-sama untuk  fokus kepada matlamat kem ini. Sesi berikutnya ialah Taklimat KeARAH yang merupakan pengenalan awal kepada apa itu KeARAH dan sedikit latar belakang penubuhan KeARAH serta pendedahan kepada aktiviti KeARAH itu sendiri bagi membuka ruang kepada para peserta kepada organisasi yang menjadi wasilah untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarkat.

Sejurus selepas Taklimat KeARAH yang disampaikan oleh Sdr Syed Hassan Humaidi, Timbalan Pengarah PeWARIS kali ke-9, program diteruskan dengan sesi Bengkel 1 yang dinamakan Bengkel Rawasib Jahiliyah. Para peserta dipisahkan kepada dua, lelaki dan perempuan dan setiap satunya dipisahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 individu bagi memudahkan lagi aktiviti bengkel utk dilaksanakan seterusnya lebih memberi kesan. Aktiviti seterusnya ialah Tadarus AlQuran dan Slot Pengisian 1 oleh Tn. Hj. Mahmud yang bertajuk Inilah Dakwah Kita yang berkisar tentang Dakwah Islamiyah itu sendiri.

Sejurus selepas itu merupakan Slot Pengisian 2 oleh Cg Azmi Bahari yang bertajuk Komunikasi dalam dakwah yang mana mendedahkan kepentingan komunikasi dalam dakwah dan skill komunikasi dalam dakwah.
Antara intipati penyampaian beliau ialah ,

” Dakwah ini disebarkan supaya kita tidak mahu masyarakat yang hari ini jauh dari taat dan patuh kepada Allah jadi bahan bakar api neraka.Inilah tujuan kita perlu bangunkan skill komunkasi kita.”

Setelah slot pengisian 2, program diteruskan dengan Bengkel 2 yang dinamakan Bengkel Ma’alim Fi Toriq (Bekalan Sepanjang Jalan). Para peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada 3 kumpulan yg berbeza bergilir-gilir untuk ke checkpoint yang berbeza. Bengkel 2 terdiri daripada Checkpoint 1 (Kompas Kehidupan: AlQuran sebagai Bekalan), Checkpoint 2 (Darul Akhirah: Memikirkan hari akhirat sebagai bekalan), Checkpoint 3 (Generasi Muzammil: Qiyamulail sebagai bekalan).
Setelah itu para peserta bergerak beramai-ramai Trekking ke Hutan Ulu Perdik. Setibanya mereka di Hutan Ulu Perdik, para peserta diberi Taklimat Ikhtiar Hidup oleh Ketua Jurulatih Persatuan Belia HALUAN Malaysia, Sdr Shahrul Rahmad dan para peserta diberi latihan amali dari segi persiapan khemah, memasak dan sebagainya.Pastinya pengalaman memakan ubi kayu bersama ikan masin dan garam akan menjadi kenangan buat para peserta.Pada sebelah malamnya, Cikgu Azmi Bahari berkongsi ilmu dan kesedaran bersama peserta melalui pengisian bertajuk Tarbiyah Imaniyah.

Hari terakhir PeWARIS dimulakan dengan qiyamulail, subuh berjemaah, dan ma’thurat, setelah itu merupakan aktiviti Bengkel 3 yang dinamakan bengkel Zaturriqa. Kemudian , diskusi KeARAH dan Sidang Pleno diadakan setiba mereka di Kem Herba. Diskusi ini bertujuan untuk memberi peluang dan menerapkan pendedahan awal kemahiran berorganisasi dalam kalangan penggerak dakwah remaja. Seterusnya program diteruskan dengan Refleksi PeWARIS 9 dikendalikan oleh Kem Komandan PeWARIS 9, Sdr Mutaal Nawawi yang menjadi medan perkongsian hati antara para peserta dan basrisan fasilitator dan juga sekaligus merumuskan semua aktiviti yang dilaksanakan selama PeWARIS 9 berlangsung. PeWARIS 9 diakhiri dengan majlis penutupan oleh Tn. Hj. Wan Sabary, Ketua Pegawai Operasi HALUAN Malaysia dengan Tn. Hj Nasaruddin, Pengerusi KeARAH Nasional dan Encik Ghazali Saad, Setiausaha KeARAH Nasional sebagai tetamu kehormat majlis penutupan PeWARIS 9.

Antara pesanan dari Tn Hj Wan Sabary ialah ,

” Hari ini landskap masyarakat menghadapi 3 krisis utama , jika kita dapat memberi jawapan kepada krisis ini , kita mampu mengislahkan diri kita bersama masyakat iaitu ,
1. Keberadaan di dunia
2. Tujuan penciptaan
3. Makna kehidupan

Dengan berakhirnya Majlis Penutupan PeWARIS maka PeWARIS 9 melabuhkan tirainya.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri