Tahniah kepada Kem Minda Kreatif ( KMK ) Kedah 2014!

By | December 6, 2014 at 10:32 am | 380 views | One comment | Berita, KeARAH Wilayah Utara

Kem Minda Kreatif (KMK) kembali lagi dengan bertemakan “Remaja Rabbani, Impian Syurga”. Membawa misi yang lebih besar dengan hasrat para peserta mampu memahami hakikat sebenar menjadi hamba Rabbani sekaligus menjadikan syurga sesuatu yang didambakan. KMK pada tahun ini telah diadakan pada 28 November sehingga 30 November 2014, bertempat di Kem al-Hidayah, Yan, Kedah. Program ini telah dijalankan oleh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) cawangan Kedah. Kem ini dipimpin oleh saudara Muhammad Ikhwan Bin Mahadzir selaku pengarah program, dibantu oleh saudara Mohamad Shafiq bin Jefri dan saudari Rehana binti Mhd Rejab selaku kem komandan dan timbalan kem komandan beserta 13 orang urusetia dan 13 orang fasilitator. Seramai 41 orang peserta terdiri daripada 19 orang lelaki dan 22 orang perempuan telah menghadiri kem pada kali ini.

Urusetia & Peserta lelaki

Objektif KMK pada kali ini lebih menjurus ke arah membina kefahaman dan kesedaran tentang Islam juga hakikat kehidupan dan keimanan di samping membina kecintaan kepada Allah, Rasul dan ibu bapa. Kem selama tiga hari dua malam ini telah diiisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik berbentuk kepimpinan, kerohanian dan ukhuwah. Antaranya ialah “Jungle Tracking”, “War Game” dan “Master Chef”.  Kem dimulai dengan taklimat kem oleh Kem Komandan diikuti dengan “Heart and Mind Setting”. Setelah itu sesi “Ice Breaking” dan “Team Building” dijalankan bagi memecahkan rasa jurang di kalangan peserta seterusnya membentuk kumpulan. Pada sebelah malam, peserta  dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Muhammad Syaufiqul Azri dalam slot “Generasi Rabbani”.


Penyampaian oleh Ustaz Syafiqul Azri

Pada hari kedua, peserta diuji dengan ketahanan fizikal dan juga mental melalui aktiviti “Jungle Tracking”. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa checkpoint tugasan yang disediakan untuk peserta iaitu checkpoint wudhuk, dhuha, hafalan hadis, modul LDK “Generasi Rabbani” dan membina kapal. Setiap checkpoint mempunyai motif tersendiri yang hendak disampaikan pada para peserta. KMK Kedah pada kali ini menampilkan kelainan dengan pertandingan “Master Chef”. Para peserta diberi bahan dan masa untuk menyiapkan juadah berdasarkan kreativiti tersendiri. Manis KMK 2014 diadakan pada sebelah malamnya bagi memberi peluang kepada para peserta menonjolkan bakat terpendam dalam bidang seni seperti nasyid, sajak, dikir barat dan persembahan spontan disamping membina sifat berani untuk kehadapan dalam diri peserta. Sebagai penutup di malam hari, peserta dihidangkan dengan jamuan BBQ yang disediakan oleh urusetia.


Solat Berjemaah


Hari terakhir KMK dimulai dengan qiamualail, subuh berjemaah dan kuliah subuh. Seterusnya diikuti dengan senaman ruhul jadid dan “War Game” bagi peserta lelaki. Manakala sambungan aktiviti “Team Building” untuk peserta perempuan. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Cikgu Zamri bin Mat selaku pengerusi KeARAH negeri Kedah. Dengan berakhirnya Majlis Perasmian Penutupan, maka KMK Kedah melabuhkan tirainya bagi tahun 2014. 

Urusetia & peserta Perempuan

Disediakan oleh:
Ijlal Mohd Diah,
KeARAH Kedah 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

One Comment

  1. Ikhwan Mahadzir (2 years ago)

    Assalamualaikum

    Apa fungsi dan aktiviti program ini? Selain itu, terkejut saya apabila terbaca seorang saudara sama nama seperti saya. Masha’Allah 🙂 Terkejut ana.

    Yg Ikhlas,
    Ikhwan Mahadzir
    Front Dest, SLBR 5 stars hotel

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri