Tahniah Adik – Adik KMK 2012 Sabah!

By | May 29, 2012 at 9:31 am | 773 views | No comments | KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Kembara Alam Tarbawi

Program Kem Minda Kreatif (KMK)  pada tahun ini yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kunak (PPD) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan kerana bilangan peserta yang mengikuti program ini melebihi jangkaan sebenar iaitu sebanyak 120 orang iaitu pertambahan sebanyak 50 orang peserta rata-ratanya terdiri dari pelajar Tingkatan 1 hingga 3.

Berkongsi satu talam

Kesemua peserta masing-masing dari daerah Kunak, daerah Semporna dan daerah Lahad Datu. Fasilitator juga terdiri daripada alumni Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan (JDK) Sabah iaitu seramai 25 orang dan dibantu oleh 5 orang urusetia daripada siswa dan siswi Kolej Teknologi Darul Naim ( KTD )  yang balik bercuti.  Program yang bertemakan ‘Sahsiah Terpuji Memacu Kecemerlangan’ ini diadakan di Pusat Sejadi Madai , Baturong  , Kunak  , Sabah berlangsung pada 27 – 29 April 2012.

Majlis perasmian dan penutupan disampaikan oleh Ust. Abu Samah Bin Abu Bakar ,                                                           Penyelia Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kunak diiringi oleh Cikgu Lajulliadi Lajahidi                           ( Tim.Yang Dipertua HALUAN Sabah) bersama Cikgu Jamaludin Bin Lattang ( penasihat KeARAH Sabah)

Alhamdulillah , pelbagai program diadakan antaranya aktiviti berkumpulan , Kembara Alam Tarbawi , Malam Penghayatan dan pelbagai lagi yang mendapat respon yang baik dari adik-adik peserta.

Adik – adik Puteri KMK 

Buat adik-adik yang sudah menyertai KMK ini , tahniah pihak Kelab Remaja HALUAN ( KeARAH ) ucapkan dan teruskan bersama kami dengan pelbagai aktiviti Tarbawi lagi.

Buat adik-adik yang belum menyertai program – program KeARAH , jom sertai kami sekarang !

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri