Stress Vs Strong

By | May 24, 2012 at 8:08 am | 707 views | No comments | Remaja dan Mahasiswa

Current Student’s Status Update
Quiz fever: Ngee… too lazy too read ;(
Exam season: Argh!! Too much too read.. A lot to remember.. How come??
Assignment: Boring. Extremely lazy. No idea.. Nothing to write. But, deadline just around the corner. Ouch!
Etc: Family matters, financial problems, problematic friends, not understanding lecturers, extremely uncommited group mate.
Tahukah anda, simptom-simptom yang kelihatan biasa ini mampu mencetuskan masalah yang luar biasa sekiranya tidak dikawal dan diuruskan dengan bijak?
Mental Illness Incident Measurement
Stress dari segi definisi ialah reaksi terhadap perubahan secara psikologi dan fisiologi. Mitos mengatakan bahawa stress bererti bermasalah. Namun, stress mempunyai 2 kategori iaitu ‘eustress’ yang memberi motivasi bilamana rasa risau dan gementar menyebabkan insan tersebut berusaha dengan lebih bersemangat. Walaubagaimanapun, seandainya stress tidak dikawal dengan baik ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang menyebabkan berlakunya situasi seperti ‘blank’ dan kecelaruan minda. Berikut merupakan teknik untuk mengukur mental illness incident:

 

Sekiranya stress (masalah keluarga, masalah kerja kursus dan lain-lain) dan ‘physical vulnerabilities (sakit secara fizikal; sakit jantung, darah tinggi, obesiti dll) melebihi iman, coping skills, social supports serta self-esteem, ia akan menyebabkan berlakunya mental illness incident. Sebagai contoh pelajar A mempunyai masalah keluarga serta menghidapi penyakit kanser yang kronik dalam masa yang sama dia turut tidak percaya bahawa Allah menjadikan musibah sebagai ujian untuk meningkatkan keimanannya. Dia juga tidak mengetahui teknik dan kaedah untuk menyelesaikan bebanan masalah yang ditanggungnya. Di samping itu, dia ditinggalkan keseorangan serta mempunyai keyakinan diri yang minima. Hasilnya dia menghidapi ‘mental illness incident.’ Ringkasnya, kiraanya adalah seperti berikut;

Hal yang bertentangan berlaku pada pelajar B, walaupun dia diuji dengan masalah keluarga serta menghidapi penyakit yang kronik, jauh di sudut hatinya dia yakin dan percaya bahawa ujian Allah tanda kasih sayangnya. Tanda Allah mahu dia tidak putus-putus berusaha, berdoa dan berharap hanya kepada-Nya. Dia juga tidak henti-henti berdamping dengan para ilmuwan bagi mendapatkan nasihat serta menelaah buku bagi mencari solusi pada tiap-tiap permasalahannya. Sepanjang hidupnya, dia bergaul dan bersosial dengan masyarakat umum sekaligus mendapat sokongan serta dokongan dari mereka. Selain itu, keyakinan dirinya dipaksikan kepada Yang Maha Esa kerana dia amat yakin Allah menguji berdasarkan batas kemampuan insan. Justeru, sekiranya Allah yakin dia mampu melakukannya; dia wajib mempunyai keyakinan yang sama! Secara ringkasnya, kiraan untuknya adalah seperti berikut;

Justeru, bagi memastikan kesihatan mental yang maksima, skor bagi ‘iman, coping skill, social supports dan self-esteem’ mestilah melebihi skor bagi ‘stress’ dan ‘physical vulnerbilities.’
Solusi: 3 vs 4

Menurut Cikgu Azmi Bahari, dengan hadirnya 3 perkara iaitu; niat yang bersih, ikhtiar yang terbaik dan tawakal yang total, manusia boleh mengharungi apa jua cabaran serta mehnah kehidupan. Namun, masalah seringkali timbul apabila mereka berharap natijah selari dengan apa yang diniatkan serta diusahakan. Realitinya, tidak semua hasil dari usaha kita sama seperti apa yang kita harapkan. Ada kalanya kita berusaha sedaya upaya namun konsekuensinya mengecewakan. Lantaran itu, tawakal yang total perlu disinergikan dengan kesedaran bahawa takdir adalah susunan Illahi, bukannya dapat dikawal oleh diri sendiri.

Refleksi: Stress makes us strong!

Nukilan : Atiqah Azmi

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri