STAR! 2013 Melabuhkan Tirainya.

By | December 13, 2013 at 12:01 am | 757 views | No comments | Artikel Umum, Berita, KeARAH Nasional, Uncategorized

HALUAN YoungStars Annual Gathering 2013 diadakan buat julung kalinya pada 7-8 Disember 2013 bertempat di Pendang Lake Resort, Kedah. Perhimpunan remaja kebangsaan kali pertama ini dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan telah dihadiri seramai 300 orang peserta (113 lelaki, 187 perempuan) peserta dari seluruh negera. Program ini telah dikendalikan oleh barisan urusetia dan fasilitator seramai 42 orang serta 8 orang penasihat KeARAH Pusat dan Negeri.
Tema yang dibawa oleh STAR 2013 kali ini adalah “Remaja Pewaris Ummah” selari dengan objektif program ini iaitu untuk membina kesedaran Islam sebagai panduan hidup dalam bentuk jemaah secara berterusan serta mengembangkan potensi dan keyakinan diri para peserta dengan bakat-bakat baru dalam konteks dakwah Islam semasa dan akan datang.
Pendaftaran telah dibuka pada pagi Sabtu, 7 Disember 2013 seawal jam 7 pagi. Selesai urusan pendaftaran, para peserta di minta berkumpul di dalam dewan seminar untuk mendengar taklimat program oleh saudara Kem Komandan, Luqmannul Hakim Bin Muhd Jamil.

Seterusnya, dimulakan dengan Talk 1 yang bertajuk “Anak-Anak Rabbani” oleh Ustaz Ahmad Muhtad Yusof & Cikgu Mohd Abdoh Zainal Abidin.Pada jam 11 pagi pula En.Razali Maarof (Abu Ridhwan) pula telah menyampaikan Talk 2 yang bertajuk “Remaja Idaman Dunia”.
Di petang hari pula bermulalah pertandingan STAR! 2013 yang di nanti-nantikan oleh para peserta. Pertandingan bermula dengan tayangan video log, video pendek dan video program negeri manakala pertandingan pidato pula di pertandingkan pada malam YoungStars Night.
Seusai solat Asar , para peserta di minta ke padang untuk menjalankan aktiviti outdoor games & ice-breaking yang dipimpin oleh Saudara Erwin Arif.


Peserta lelaki sedang bermain outdoor games & ice breaking


Peserta perempuan sedang bermain outdoor games

Pada malamnya, para peserta di sajikan dengan tazkirah Maghrib yang bertajuk “Solat Sempurna & Persoalannya” oleh Dr. Akram bin Mohd Dahlan.


Tazkirah Maghrib oleh Dr. Akram Mohd Dahlan

Seterusnya, tepat jam 9:30 malam bermulalah persembahan YoungStars Night 2013. Terdapat pelbagai persembahan diadakan antaranya adalah persembahan sajak, pentomen, nasyid, dikir barat yang dipersembahkan dari wakil setiap negeri. Tak dilupakan juga penampilan khas dari Azhar Hilmi yang telah menyampaikan 2 buah lagu pada malam tersebut.


Antara peserta pertandingan pidato


Persembahan dikir barat

Pada keesokan hari, 8 Disember 2013 seusai solat Subuh, Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Ust Muzakkir bin Che Aniyang bertajuk “Peribadi Muslim Idaman Sejagat”.
Seterusnya, para peserta berkumpul di dewan seminar bagi meneruskan slot Forum Remaja yang bertajuk “Remaja, Cinta & Harapan” yang menampilkan 3 orang ahli panel iaitu saudara Erwin Arif, Cikgu Mahmud Jaafar dan Ustazah Fatimah Syarha serta moderator, Cik Ainal Mardhiyah Mohd Azmi.


Barisan moderator dan ahli panel Forum Remaja

Konvensyen STAR! 2013 telah berakhir dengan perasmian penutup oleh Cikgu Abdul Wahab, Pengerusi keARAH Kedah dan penyampaian hadiah dan sijil bagi para peserta.Di kesempatan ini,pihak STAR! 2013 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja iaitu HALUAN Malaysia , Percetakan Fadhilat dan individu-individu persendirian dengan kesudian memberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan STAR! 2013 ini.


Peserta lelaki STAR! 2013


Peserta Perempuan STAR! 2013

Senarai pemenang-pemenang STAR! 2013.

( Pidato STAR! 2013 )
-JOHAN-
Nurul Fatini Bt Mahmud ( Kelantan )
-NAIB JOHAN-
Nur Hanisah BT Sidi Ahmad ( Terengganu )
-KETIGA-
Maryam bt Hassan ( Selangor )
-SAGUHATI-
Abdullah Azam b Zulkifli ( Kelantan )
Abdullah Zubair b Zulkifli ( Kelantan )

( VLog STAR! 2013 )
-JOHAN-
Mohamad Hazim b Mohd Zahari ( Kelantan )
-NAIB JOHAN-
Siti Nabilah binti Suliman ( Terengganu )

( Video Pendek STAR! 2013 )
-JOHAN-
Muhamad Hafiz bin Amran ( Perlis )
-NAIB JOHAN-
Athirah Wahida binti Ahmad Zukri ( Terengganu )
Najah Fatihah binti Mat Rani ( Terengganu )
-KETIGA-
Mahfuzah Hamizah Bt Mohd Ariff ( Kelantan )
-SAGUHATI-
Mohamad Hazim b Mohd Zahari ( Kelantan )

( Video Program STAR! 2013 )
-JOHAN-
KeARAH Pulau Pinang
-NAIB JOHAN-
KeARAH Perlis
-KETIGA-
KeARAH Kedah
-SAGUHATI-
KeARAH Perak
KeARAH Wilayah Tengah

( Poster STAR! 2013 )
-JOHAN-
Adibah Husna Binti Jamaludin ( Pulau Pinang )
-NAIB JOHAN-
Wan Nur Amirah Aima Bt Wan Zin ( Kelantan )
-KETIGA-
Nurul Farhah Bt Azhar ( Perlis )
-SAGUHATI-
Madihah Bt Mohd Noor ( Kelantan )
Salma bt Mohd Zamrin ( Selangor )
Nur Alya Syamimie binti Muzaidi
Sarah Fathiyah Binti Mubarak ( Pulau Pinang )
Muhammad Rubaei Amir b Mahmud ( Kelantan )
Fatini Bt Md.Zahari ( Kelantan )
Abdullah Zubair b Zulkifli ( Kelantan )

( Fotografi STAR! 2013 )
-JOHAN-
Ali Imran bin Mohd Jamil ( Kedah )
-NAIB JOHAN-
Fatini Bt Md.Zahari ( Kelantan )
-KETIGA-
Izzatul Aisyah binti Mohd Nasaruddin ( Selangor )
-SAGUHATI-
Muhamad Iqbal bin Bustami  ( Perlis )
Muhammad Zikri bin Romle ( Perlis )
Ros Mahira bt Rahim ( Perlis )
Muhammad Hikam bin Abdul Shukor ( Kedah )
Kumpulan Faryasier

(Esei STAR! 2013 )
-JOHAN-
Siti Ruqaiyah Bt Mohd Jamil ( Terangganu )
-NAIB JOHAN-
Nur Anis Lyana Saharudin
-KETIGA-
Ros Mahira bt Rahim ( Perlis )
-SAGUHATI-
Nur Alya Syamimie binti Muzaidi
Tuan Zakwan Akmal bin Tuan Mohd Azani ( Kelantan )
Amrina Rasyada Bt Azmi ( Kelantan )
Aimi Majidah Binti Mohd Shukri ( Pulau Pinang )
Muhammad Zikri bin Romle ( Perlis )
Nurin Qistina Mohamad Hisham
Rehana Bt Mhd Rejab ( Kedah )

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri