Siapa Yang Lebih Kita Utamakan?

By | May 14, 2012 at 9:14 am | 379 views | No comments | Artikel Umum

“Assalamualaikum, Atiqah” sapa Hamooud, pelajar PhD dari Yaman. Terkalih sebentar bacaan menjawab sapaan dia.

“Waalaikumussalam…yes Hamooud?”

“I would like to ask his (referring to our lecturer) permission for us to take about 10 minutes break to perform our Asar prayer,” Dia memberitahu, bukan sebuah pertanyaan tapi lebih kepada pemberitahuan bahawa usahanya itu disokong jua oleh saya.

“Have you told him before? What did he say?” Saya membalas pertanyaan, risau juga jika dia meminta saya menyatakan hasrat itu terus kepada Dr Ravi.

“Yes, I did. He didn’t say anything, he just nod and his expression didn’t seem satisfied with my request.” Muka Hamooud nampak gelisah. Menyatakan bahawa hasratnya sebelum ini pernah diluahkan kepada Dr Ravi.

Saya terdiam. Berfikir cara untuk membantu Hamooud dan diri sendiri. Hampir 2/3 kelas itu dipenuhi dengan pelajar antarabangsa. Saya antara golongan minoriti pelajar tempatan bersama tiga lagi pelajar PhD. Dua antaranya berbangsa India. Seorang senior, berbangsa Melayu tapi kerana dia lebih tua dan mungkin juga saya bukan pelajar PhD, kami jarang berkomunikasi.

Hamooud agak rapat dengan saya. Berasal dari Yaman dan kami pernah sekelas pada sem lalu. Mungkin itu faktor dia mudah berkomunikasi dengan saya. Mungkin juga kerana faktor pemakaian saya yang membuatkan dia yakin dan selesa untuk berbicara soal solat dengan saya berbanding pelajar Muslim yang lain. Mereka yang lain datang dari pelbagai bangsa dan negara. Namun tidak dapat diputuskan dek akal apakah mereka Muslim seperti kami. Itulah, saya terlalu segan untuk bertanya. Cukuplah diberi peluang sekelas dengan pelajar PhD. Melihat mereka memberi maklum balas dalam sesi pengajaran pun sudah cukup menggetarkan jiwa dan minda saya.

“I think he will understand. If he is not, I will still ask him to go out when it is the time to perform the prayer.” Nekad Hamooud dalam gelisah. Saya terpana.

“InsyaAllah there must be some ways to let him understand our ‘need’”, saya pula cuba meyakinkan walau sendiri tidak punya kekuatan untuk itu.

“InsyaAllah Atiqah, Allah is my priority. The fact the he is my supervisor and our lecturer will not let down my principal to be a good Muslim. Because I know very well, without Allah, I will not succeed in my study.This PhD will be nothing without Allah’s redha.”

MasyaAllah.Saya terpana lagi. Hamooud sekadar menjelaskan nekad hatinya, tapi saya seolah-olah telah ditarbiyah ringkas melalui penjelasannya itu.

Barangkali, ramai pelajar-pelajar seperti saya dan Hamooud pernah mengalami situasi yang sama. Jadual kelas yang padat kadangkala meragut waktu solat. Tapi apakah daya kita untuk mengubah jadual kelas? Apakah juga punya daya untuk memungkiri waktu solat? Astaghfirullahalazim.

Lalu apa tindakan kita? Seperti situasi di atas, apa tindakan saya jika Hamooud tidak Allah datangkan untuk memudahkan urusan solat saya difahami oleh pensyarah.

Ketika itu hanya satu difikiran.Sebenarnya, saya telah memikirkan strategi untuk keluar solat sebermula saya terima jadual kelas. Hanya dua kelas yang saya ambil semester ini. Allah izin jua, kedua-dua kelas ini bertembung pada waktu solat. Kelas pertama bermula pada jam 1 hingga 4 petang. Manakala kelas kedua pada pukul 4 hingga 7 petang. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada Hamooud, setelah berbincang dengan pensyarah untuk kelas pertama, lalu diputuskan kelas akan dimulakan selepas solat Zohor. Mujur pensyarah itu Muslim. Cuma untuk kelas kedua ini. Runsing juga memikirkan, tapi ketika itu saya hanya fikir jalan mudah. Saya akan bersiap dalam wudu’ sebelum kelas bermula, dan bila saat masuk waktu Asar saya akan bergegas minta izin keluar meninggalkan kelas dalam 10 minit.

Tapi saya puji tindakan Hamooud yang berterus-terang dan lantang mempertahankan prinsipnya sebagai pelajar Islam. Keyakinannya pada Allah mengatasi segala bentuk halangan duniawi meskipun halangan itu bakal menggugah PhD nya. Ternyata Allah itu lebih dia utamakan.

Hal ini selalu juga dipandang remeh oleh segelintir golongan. Meremehkan solat kononnya kelas itu wajib untuk dipenuhi. Meremehkan solat kononnya menghormati pensyarah dan teman-teman lain. Tapi tidakkah kita sedar bahawa tindakan sebegini bermakna kita telah meremehkan Allah demi urusan duniawi. Nauzubillahiminzalik. Jangan ini yang kita pilih untuk kejayaan duniawi yang sementara cuma.

Siapa Allah di hati kita? Siapa Allah untuk urusan pelajaran kita?

Adakah hanya pada saat-saat menghadapi peperiksaan baru kita merayu memohon menghadap dan mengharap belas kasihan Allah untuk mengurniakan kita kejayaan sedangkan pada ketika lain kita meletakkan Allah di tepi melebihkan hal duniawi?

Makanya, marilah kita muhasabah. Situasi di atas hanyalah sebuah pengalaman kecil saya tapi itu cukup menampar jiwa dan keyakinan saya untuk meletakkan Allah melebihi segalanya. Saya, Hamooud dan anda juga sangat risaukan akademik. Melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi membawa bukan harapan diri sendiri tapi beribu pengharapan dari insan-insan tersayang. Bukan sekadar keputusan peperiksaan yang ‘cukup makan’ sahaja yang kita kejar, tapi kita inginkan kejayaan yang menjulang tinggi yang mampu dibanggakan. Oleh itu, kepada siapa kita bergantung harap untuk memperoleh kejayaan? Kepada siapa kita meletakkan sepenuh pengharapan dan keyakinan kalau bukan kepada Allah?

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. – surah Al-Fatihah: 5

Sesungguhnya janji Allah itu benar. Allah akan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat buat hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha meraih cintaNya.

…maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.- surah Ali ‘Imran: 76

Nukilan : Atiqah Amran

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri