Semuanya Ibadah?

By | May 1, 2013 at 10:44 pm | 989 views | No comments | Artikel Bacaan, Remaja dan Mahasiswa

Hani: Ain, saya nak drop course saya.
Ain: Eh, kenapa tiba-tiba je? Bukan awak memang minat akaun ke? Belajar pun terbaik! Tiap-tiap semester pun dapat dekan. Ada masalah ke?
Hani: Ain, sebelum tu saya nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab banyak tolong saya buat U-turn. Sebelum ini memang saya tak kisah pasal Islam. Apapun saya tak layan. Saya main terjah je buat apa yang saya nak. Tapi awak banyak tolong ajar saya pentingnya solat dan berdosanya couple. Tadi masa saya tengah buat akaun, saya teringat apa yang awak pernah pesan. Kita kena banyak beribadah baru boleh masuk syurga. Kita kena buat banyak-banyak sebab kita tak tahu yang mana yang Allah akan terima, yang mana yang paling ikhlas, kan?
Ain: Ya, betul tu
Hani: Ok, sekarang cuba tengok ni;
Hani menunjukkan sekeping kertas. Di atasnya tertulis aktiviti hariannya semalam sedari mula dia mencelikkan mata sehingga tidur.
Hani: Awak tengok ye Ain, saya kira masa saya solat (5minit x 5: 25 minit), baca Quran (2 x 5minit: 10 minit) dan berzikir (5 minit) semalam kurang dari sejam (45 minit). Jadi 45 minit dari 1440 minit dalam sehari sahaja ibadah. Yang lain semuannya dunia; aktiviti kolej, aktiviti fakulti kemudiannya belajar. Kalau ikut peratus, tak sampai 5% pun amal Islami saya Ain, sebab tu la saya cadang nak ambil course agama. Baru boleh beribadah.
Ain: Ya Allah Hani! Bagusnya awak sedar kepentingan beribadah. Cuma, awak tahu tak yang kesemua aktiviti dunia tu boleh jadi ibadah juga?
Hani: Eh, ada ke formula nak jadikan semua aktiviti tu ibadah?

Ain: Ada, mudah je Hani. Mengikut para ulama’ ada dua syarat amal diterima sebagai ibadah. Pertama, niat kerana Allah. Kedua, menepati syarak. Jadi, kalau awak lakukan semua aktiviti kolej, aktiviti fakulti dan belajar kerana Allah di samping menjaga syarak. Insha Allah kesemuanya diterima sebagai ibadah.
Hani: Jadi, saya tak payah tukar course ke Ain?
Ain: Tak payah Hani. Awak teruskan berjuang dan dapatkan yang terbaik dalam bidang awak. Islam memang perlukan alim mujahid.
Hani: Alim mujahid?
Ain: Alim maknanya orang yang berilmu. Jadi, kalau awak ambil akaun, awak jadi akauntan professional yang pakar dalam perakaunan. Mujahid pula pejuang. Makudnya, awak gunakan ilmu yang ada untuk memperjuangkan Islam, menggembalikan Islam ke posisi yang sebenar.
Hani: Oh, baru saya faham. Tapi, kesian kan ilmuan yang bijak macam Albert Einsten, dia alim tapi bukan mujahid.
Ain: Betul tu. Sebab tu hidayah sangat penting dalam kehidupan. Semasa nazak Albert Einstein pernah ditanya “Jika awak berjumpa dengan tuhan. Apa yang awak ingin tanyakan?” Jawapannya membuatkan saya benar-benar terkejut. Dia berkata “Saya ingin bertanya apakah tujuan kehidupan.” Sungguh, jawapannya mengingatkan saya tentang mutiara kata Ibn Qayyim. Dia berkata “Kefahaman yang benar dan tujuan yang baik adalah nikmat yang besar selepas Islam” Jadi, paling penting kita faham apa yang kita lakukan dan pastikan semuanya kerana Nya, insha Allah semuanya bakal membuahkan pahala yang berlipat ganda.
Hani: Jadi, semua yang kita lakukan 24 jam boleh jadi ibadah kan Ain? Bagusnya! Urm, ada ke amalan baik tapi berakhir dengan dosa?
Ain: Ada. Contohnya, mencuri kerana Allah. Kita nampak niatnya dah betul, kerana Allah. Tapi, mencuri tetap melanggar syarak. Jadi, dia tetap bukan ibadah sebab melanggar syarat kedua.
Hani: Kalau semasa belajar?
Ain: Belajar kerana populariti. Maksudnya, amalannya sudah menepati syarak. Tapi, dia tetap melanggar syarat pertama sebab niatnya bukan kerana Nya.
Hani: Jadi, secara keseluruhannya, kita kena pastikan 2 syarat tu ada barulah semuanya jadi ibadah kan Ain?
Ain: Ye, betul dan tepat sekali! ..:)

 

 

Nukilan : 
Atiqah Azmi
B.Ed Tesl, UPM 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri