Sayonara Kem Minda Kreatif Perak 2014!

By | December 9, 2014 at 5:42 pm | 643 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Utara

Sg. Siput (U), 28 November 2014 – Kelab Remaja HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh telah berjaya menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) bertempat di Kem PLKN Terkok, Sg. Siput (U). Seramai 41 orang peserta dalam kalangan sekolah menengah telah menyertai kem ini. Dengan bertemakan “Remaja Rabbani, Impian Syurga”, kem ini memberi pendedahan tentang kefahaman hakikat kehidupan dan keimanan, membina kesedaran akhlak serta mengembangkan sisi kreativiti para peserta.

Setelah selesai sesi pendaftaran , para peserta telah ditempatkan di asrama yang telah disediakan. Taklimat program bermula sekitar jam 8.30 malam yang telah dikendalikan oleh kem komandan, saudara Muhammad Ridhwan bin Abdul Rahman. Beliau menerangkan peraturan kem seterusnya mengingatkan para peserta supaya mengubah minda dan hati untuk menghadapi apa jua kesusahan ketika kem berjalan. Seterusnya sesi ice-breaking dan pembentukan kumpulan di kalangan peserta yang telah dikelola oleh saudara Mohamad Fakhruddin bin Ab Ghani.

Seawal jam 5.30 pagi, para peserta telah bersiap sedia untuk solat subuh seterusnya tahsin Surah Al-Fatihah mengikut kumpulan masing-masing. Program diteruskan sekitar jam 8.45 pagi dengan taklimat bagi aktiviti Jungle Trekking. Antara pendedahan yang ditekankan ialah pantang-larang semasa di dalam hutan serta menjaga displin diri. Ketika aktiviti Jungle Trekking, terdapat beberapa checkpoint yang telah dijalankan di mana ia menguji kreativiti dan persefahaman antara peserta. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku di sepanjang perjalanan aktiviti tersebut.

Aktiviti luar diteruskan sekitar jam 2.30 petang dengan aktiviti Flying Fox dan Larian Berhalangan. Aktiviti ini menguji tahap keberanian para peserta dan mengawal tahap ketakutan mereka dalam menghadapi aktiviti lasak. Kebanyakkan peserta memberikan respon yang positif di mana ia merupakan bidang ilmu yang amat diperlukan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam kehidupan. Pada sebelah malam pula, para peserta diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam Malam Minda Kreatif. Persembahan mereka dinilai mengikut beberapa kriteria termasuklah isi kandungan dan kreativiti.

Menjelang keesokan harinya, program diteruskan dengan Perang Belon Air di kalangan peserta lelaki manakalan aktviti Team Building di kalangan peserta perempuan. Sekitar jam 9.00 pagi, program diteruskan dengan penyampaian dari Cikgu Ahmad Salleh bin Mohamad tentang “Remaja Rabbani, Impian Syurga”. Seterusnya dijalankan sesi gotong-royong bagi mengelakkan sebarang peninggalan harta benda di kawasan kem. Program diteruskan dengan sesi refleksi kem yang dikendalikan oleh kem komandan sendiri. Beliau menyentuh tentang betapa pentingnya ikatan ukhwah Islamiyah dan berkongsi sebuah sirah tentang Ikramah bin Abu Jahal yang tidak mementingkan diri sendiri untuk menawarkan sahabat lain air minum ketika perang. Beliau juga berpesan agar terus berusaha menjadi pemuda Islam yang bertanggungjawab dan sentiasa menjadi anak yang soleh.

Akhir sekali, KMK telah melabuhkan tirai dengan ucapan penutup oleh Ustaz Noor Mohd Shukri bin Mohd Ridzuan selaku penceramah jemputan. Turut dijemput untuk memberi ucapan ialah penghulu kem, adik Aniq Ram bin Muhammad Ratha. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh penasihat kem, Cikgu Zul Safaruddin bin Mat seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan tenaga penggerak kem.
Antara checkpoint ketika Jungle Trekking:

Membina rumah mampu milik di dalam hutan


Peserta dapat mencabar diri dalam aktiviti Flying Fox


Peserta tetap ceria walaupun penat ketika meredah hutan


Bacaan Al-Quran oleh peserta ketika majlis penutup kem dijalankan


Peserta KMK bergambar kenangan bersama tenaga penggerak kem

 

Disediakan oleh :
Ahmad Yusuf Razali ,
KeARAH Perak 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri