Salahkah Kita Untuk Beristighfar?

By | August 7, 2012 at 1:01 am | 1,514 views | 3 comments | Artikel Bacaan, Pengalaman & Iktibar

Seorang pensyarah yang beragama Islam sebuah universiti berkata dalam sesi kuliahnya, “Siapa yang istighfar tadi? Kamu, ya? Kamu tak payahlah nak istighfar. Biasanya, orang yang paling banyak istighfar ni adalah orang yang banyak dosa.”

Tertegun seketika apabila mendengar kata-katanya. Seperti tidak percaya, ada juga seorang yang bergelar Islam boleh berkata begitu. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Salahkah kita beristighfar?
Berdosakah kita beristighfar?
Bukankah dengan istighfar, kita dapat menghapuskan sedikit dosa kita?
Kenapa perlu dipersoalkan apabila seseorang yang beragama Islam itu beristighfar?
Banyak persoalan yang berada di minda. Kepala menggeleng tidak bersetuju dengan ucapannya.

Melalui istighfar, kita boleh buktikan bahawa kita masih mengingati Allah. Bukan saya nak katakan bahawa orang yang menyebut “Astagfirullah” itu tidak ingat pada Allah. Tetapi, begitulah kebiasaannya. Senang cakap, ‘Tepuk Dada Tanya Iman’.
Walaupun nampak ringan dan mudah ungkapan istighfar ini , biarlah ungkapan ini menjadi langkah pertama bagi langkahan yang seterusnya untuk mengejar ampunan Allah yang luas.
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Pada pendapat saya, tidak salah seorang itu beristighfar beberapa kali hendaknya kerana Allah tidak pernah mengehadkan kuantiti atau bilangan kita untuk beristighfar dalam satu hari atau dalam satu masa. Tiada had untuk istighfar.
Dengan istighfar, kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita. InsyaAllah.

Kekasih Allah , Rasulullah juga sentiasa beristighfar. Lagikan kita insan yang tidak tahu hala tuju kita di Akhirat nanti, sama ada ke Syurga ataupun Neraka.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Allah telah berfirman dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud:
” Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu.”

 

Sepenggal Kisah Keajaiban Istighfar

Sebuah kisah yang disebutkan dalam buku ‘At Tadawi bil Istighfar’ karya Hasan bin Ahmad Hammam, salah satunya adalah dengan istighfar dagangan akan menjadi laris.

Seorang ihwan pergi ke pasar untuk menjual dagangannya. Waktu itu pasar penuh sesak dengan penjual dan pembeli. Dia duduk di tempat yang disiapkan untuk jualan dan menjajakan dagangannya. Waktu berlangsung lama tapi tidak ada seorangpun tertarik dengan dagangannya. Orang-orang hanya melihat lalu pergi. Dia sangat membutuhkan wang sehingga mahu tidak mahu harus menjual barang dagangannya. Waktu sudah berjalan cukup lama namun tak seorangpun membeli dagangannya. Dia merasa sempit dan berfikir apa yang harus dia lakukan. Seketika dia ingat sebuah hadis mengenai keutamaan istighfar yang pernah didengarnya dari imam masjid, maka dia pun mula beristighfar dan terus beristighfar. Dia bercerita, demi Allah, tatkala saya mulai beristighfar, orang-orang mulai datang, yang ini ingin membeli yang lain juga ingin membeli, yang lain lagi menaikkan tawaran lebih tinggi, mereka berebut untuk membeli dagangan saya. Aku pulang dengan membawa banyak wang, sementara air mataku menitis kerana selama ini telah melalaikan perkara yang sangat berharga, iaitu istighfar maka lidahku tidak henti-henti memuji Allah.

***

Oleh itu, salahkah kita istighfar yang boleh mendekatkan dan mengingatkan kita kepada Allah?
Walaupun anda seorang pensyarah, doktor, professor, Perdana Menteri, tidak ada hak untuk anda menghalang seseorang itu mengingati Allah.
Bukankah lebih baik anda berkata, “Alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang mengingati Allah.”

Ingat ,

Pintu keampunan Allah , Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu malam dan membuka pintu keampunan pada waktu malam untuk mengampun orang buat dosa pada waktu siang.
Semua berhak.

Setinggi mana pangkat anda ingatlah bahawa pangkat itu hanya sekadar di dunia.
Setinggi mana ilmu anda, ingatlah bahawa Allah punya kuasa untuk menariknya dalam hanya sekelip mata.
Setiap nafas yang membuatkan kita terus hidup ini adalah kurniaNya, kita tidak akan hidup jika Dia tidak izinkan kita untuk hidup.

Wallahu’alam.

Yang baik itu datang daripada Allah, yang kurang itu daripada saya sendiri.

Nukilan :
Syaza Syafeeqah Bt Mohammad Khasnan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim

Photo : http://www.umarmita.com

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

3 Comments

  1. Sabarudin Mat Kari (4 years ago)

    MasyaAllah, rosaknya kefahaman intelek masakini…perbetulkan dan berdoa semoga Allah memberinya hidayah…

  2. suraya (4 years ago)

    sy pernah mengalami pengalaman kisah dlm ni…mmg rezeki dtg ta kdisangka..masalh dibantu Alllah dgn cara yg tak eprnah sy duga 🙁 byknye dosa.. bru je istighfar beberapa hari.tbe2 kwn tolong bt ape yg sy nk buat.tp sy ckp dlm hati je..tbe2 kwn da tlg buatkan semua.n pg td trs sy dpt call dr customer . subhnallah.

  3. kita (2 years ago)

    Memang kita byk dosa…org gila sombong je mengaku manusia tu sempurna..jauhilah manusia yg tak sedar diri tu sblm kita rosak kerana mereka.

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri