Ruhi , Aqli dan Jasmani di KAHFI Wilayah Tengah 2014

By | April 4, 2014 at 6:29 pm | 580 views | No comments | Artikel Bacaan, Artikel Umum, Berita, KeARAH Wilayah Tengah

Alhamdulillah, Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) telah dilaksanakan dengan jayanya di Lubok Manggis, Camp & Resort, Hulu Langat, Selangor pada 23 hingga 25 Mac 2014. Program anjuran Kelab Remaja Haluan (KeARAH) peringkat zon Wilayah Tengah ini disertai oleh 38 orang lelaki dan perempuan dari tingkatan satu hingga empat . Perlaksanaan KAHFI WT 14 ini telah diurus oleh 7 urusetia dan 10 fesilitator lelaki dan perempuan, diketuai oleh saudara Ahmed Ibrahim bin Amad sebagai kem komandan, dibantu oleh Nur Hidayah Bt Rosli sebagai penolong kem komanden.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif membangunkan tiga fakulti insan; ruhi, aqli dan jasmani dalam kalangan para peserta. Antara aktiviti pembangunan ruhi ialah qiamullail dan solat berjamaah, disamping tadabbur Al-Quran dan menghafal hadis. Aktiviti-aktiviti yang berbentuk pembangunan aqli pula ialah public speaking secara individu dan juga secara berkumpulan. Aktiviti ini banyak memberi ilmu kepada peserta cara terbaik untuk bercakap di khalayak ramai yang bertujuan melatih keberanian serta mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan peserta. Disamping itu, terdapat juga slot pengisian yang disampaikan oleh pengerusi KeARAH En Nasarudddin bersama Saudara Basyir dari USIM, yang bertajuk Kejayaan Hakiki. Slot kedua pula berbentuk forum bertajuk Daie Muda menampilkan penyampai dari kalangan Mahasiswa iaitu Adib Suhor, Salehuddin Hassan dan Asmaa Nasaruddin.

Pertandigan Memasak

Dari segi aspek pembangunan jasmani pula , KAHFI  diteruskan dengan aktiviti fizikal yang mencabar. Antaranya ialah aktiviti jungle trakking menuju ke air terjun Sungai Lopo, setelah penat menyusuri hutan, peserta diberikan masa untuk menikmati air terjun tersebut. Aktiviti War Balloon dan Obstacle Run juga melatih dan menguji tahap ketahanan jasmani mereka. Peserta juga melakukan senaman dan regangan Ruhul Jadid yang dipimpin oleh Shahrul Anwar. Antara kelainan yang dibawa KAHFI WT kali ini ialah praktikal sembelihan dan pertandingan memasak. Para peserta telah menunjukkan keberanian dan kreativiti mereka dalam aktiviti menyembelih ayam, memasak dan menghias makanan untuk diadili oleh para juri sebelum menjamu selera bersama kumpulan.

Forum Daie Muda

Aktiviti berakhir dengan slot Sharing Moment yang melibatkan fasilitator dan peserta itu sendiri. Majlis penutup dan penyampaian hadiah serta sijil disempurnakan oleh Encik Mohd Nasaruddin Manaf pengerusi KeARAH Nasional. Dalam ucapan penutup, beliau juga menyampaikan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Kem KAHFI kali ini dan berharap semua peserta dapat meneruskan ilmu dan amalan yang diperolehi dari kem ini, dalam kehidupan sebagai seorang remaja muslim. Para peserta bersurai pada pukul 4 petang.

Praktikal menyembelih

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri