RIMBA Kedah Berehlah Santai

By | May 14, 2012 at 4:25 pm | 619 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Yan, 14 Mac- Rekreasi Iman Bestari (RIMBA) Siri 1/2012 julung kalinya telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2012 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah dengan kerjasama HALUAN Cawangan Kedah. RIMBA kali ini telah dihadiri seramai 82 orang peserta masing-masing terdiri daripada  50 perserta lelaki dan 32 perserta perempuan rata-rata berumur dalam lingkungan 12 hingga 19 tahun.

RIMBA kali ini memberi penekanan melalui beberapa objektif; mengeratkan ukhuwah antara remaja HALUAN Kedah dan ahli-ahli HALUAN Kedah, membina barisan kepimpinan dari kalangan remaja, menyediakan ruang santai untuk remaja di samping mengisi masa lapang sempena cuti penggal persekolahan.

Program selama 2 hari 1 malam ini bermula dengan menaiki bas di Shahab Perdana, kemudian berkumpul di Masjid Ar-Rahman, Sg Petani. Peserta lelaki menginap di IDAMAS Training & Consultancy manakala peserta perempuan menginap di rumah En. Osman bin Murad, ahli HALUAN Sg Petani. Pada sebelah malam, peserta mendapat pengisian yang bertajuk “Kepentingan mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan”.

Tepat jam 7.30 pg keesokan harinya, peserta menaiki 2 buah bas yang disewa khas untuk ke air terjun Batu Hampar, Yan, Kedah. Sampai di sana, peserta bekerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkelahan, dan terus memasak mengikut menu dan bahan yang disediakan. Program diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Pn Siti Rodziah bt Mat, Biro Ekonomi HALUANITA Kedah. Beliau menegaskan bahawa program ini disusun untuk memberi peluang kepada remaja untuk saling berkenalan dan berkelah dalam suasana yang mendidik jiwa. Program tamat dengan peserta menaiki bas yang disewa pulang ke halaman masing-masing.

Membasuh talam sambil meredah sungai

Pengarah program, saudara Abu ‘Ubaidah Sharudin berharap agar ukhuwah yang terjalin di kalangan remaja pada program kali dapat membuahkan lebih banyak program-program berbentuk tarbawi di kalangan remaja yang diuruskan sendiri oleh remaja.

Laporan disediakan oleh Abu Ubaidah bin Shahrir

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri