Remaja KAHFI Diseru Contohi Pemuda Kahfi

By | May 14, 2012 at 4:07 pm | 429 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Merbok, 10 Jun – Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) Zon Utara telah diadakan pada 6 hingga 8 Jun di Kem Merbok di sini dengan penyertaan seramai 87 orang peserta (37 lelaki dan 50 perempuan) dari negeri-negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

KAHFI Zon Utara telah digerakkan oleh 27 orang urus setia dan fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli HALUANSISWA, penasihat KeARAH negeri-negeri zon utara dan anggota HALUAN Kedah.

Ketua Biro Latihan HALUAN Kedah, Tuan Haji Mansor Daud telah merasmikan KAHFI Zon Utara. Di dalam ucapan perasmian, beliau menyeru kepada para remaja agar mengambil iktibar dan teladan daripada kisah Pemuda Kahfi yang mempertahankan keimanan mereka dalam menjalani kehidupan harian dan mendepani cabaran dewasa ini.

Forum KAHFI race

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah forum yang membicarakan tentang tema KAHFI pada kali ini iaitu “Kearah Menongkah Cabaran.” Ahli panelnya terdiri daripada Setiausaha HALUAN Kedah, Tuan Haji Mohd. Basri bin Husain dan Setiausaha HALUANSISWA, Abu Ubaidah Sharudin. Selain itu, aktiviti lain yang menarik adalah latihan amali menyembelih ayam menurut kaedah syarak dan seterusnya memproses dan memasak ayam-ayam tersebut. Para peserta amat teruja dengan aktiviti ini dan merasakan ia adalah pengalaman yang amat berharga.

ayam Urusetia

KAHFI UTARA diketuai oleh Zamri Mat selaku Penasihat Program, Abu Ubaidah Sharudin selaku Pengarah Kem dan Muhammad Fayruz Azhar berperanan sebagai Kem Komandan.

KAHFI merupakan program berkala di peringkat zon di bawah Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja Haluan dan dikendalikan oleh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) khas untuk anak-anak ahli HALUAN dan remaja yang pernah menyertai program-program KeARAH.

Selain di utara, KAHFI turut diadakan di tiga lagi zon. KAHFI Zon Tengah telah diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Kem Sungai Dara, Tanjung Malim, Selangor, manakala KAHFI Zon Timur pula telah diadakan pada 6 hingga 8 Jun di Air Terjun Pandan, Kuantan, Pahang. KAHFI Zon Selatan pula telah diadakan pada 2 hingga 4 Jun di Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Siddiq, Simpang Renggam, Johor.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri