Rekreasi Jadi Pembuka 2014 oleh KeARAH Sabah

By | February 21, 2014 at 11:38 pm | 422 views | No comments | Artikel Umum, KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Alhamdulillah , Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Sabah telah berjaya menganjurkan Program Rekreasi KeARAH (PRK) pada 31 Januari – 2 Februari 2014, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pangi, Kunak. Sabah.

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripadaahli KeARAH, alumni Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) dan terbuka kepada pelajar sekolah yang berminat. Program rekreasi ini julung kali diadakan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Sabah dan merupakan program pertama untuk tahun 2014 bagi Sabah.Pada tahun ini, peserta yang hadir mengikuti program ini iaitu seramai 72 orang, masing-masing terdiri daripada 31 orang lelaki dan 42 orang perempuan terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Sekolah Menengah Kebangsaan Madai, Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya dan Sekolah Menengah Agama Islam Kunak.

Sehubungan itu, seramai 18 orang fasilitator dan urusetia yang turut sama membantu menjayakan program Rekreasi KeARAH (PRK) tahun ini dan cukup membanggakan kerana fasilitator yang terpilih adalah dalam kalangan bekas peserta JDK dan urusetia terdiri daripada alumni KTD. Langkih ini merupakan suatu perancangan kearah melahirkan lebih ramai remaja yang mempunyai ‘soft skill’ dan kepimpinan untuk disalurkan dan dimanfaatkan oleh masyarakat.

Majlis ucapan dan perasmian penutupan PRK ini telah disempurnakan oleh Cikgu Jamaluddin Hj Lattang selaku Penasihat KeARAH Sabah dan juga dihadiri oleh Pengerusi KeARAH Sabah Ismail Bin Sanuddin. Diharapkan usaha ini dapat membantu pelajar terutamanya remaja dalam membentuk sahsiah terpuji melalui ukhwah yang dibina.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri