ProCAST ’12 Zon Utara Membina Remaja Pewaris Ummah

By | December 8, 2012 at 12:51 am | 1,157 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Utara

Sungai Batu Pahat, Perlis, 19 November 2012 – Semarak Resort sekali lagi menyaksikan perhimpunan 99 orang remaja yang bersemangat waja untuk mengislahkan diri dalam Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST) peringkat Zon Utara. Program yang bertemakan “ Remaja Pewaris Ummah” turut dibantu oleh 35 orang tenaga urus setia dan fasilitator daripada kalangan HALUAN SISWA Zon Utara (HASIZU) & Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis serta 12 orang guru daripada Kelab Guru HALUAN Zon Utara. ProCAST yang dianjurkan oleh Kelab Guru HALUAN diadakan dua kali setahun membawa mesej pembinaan kualiti kepemimpinan remaja muslim.

Barisan peserta lelaki ProCAST

ProCAST Zon Utara 2012 menggabungkan modul kepimpinan ProCAST yang memfokuskan kepada pembangunan kualiti kepemimpinan melalui ceramah, aktiviti kepimpinan dan khidmat masyarakat dan modul jati diri remaja Kem Minda Kreatif (KMK) yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri remaja muslim melalui ceramah kefahaman Islam dan aktiviti outdoor yang bertemakan ukhwah dan semangat kerjasama. Program selama 7 hari ini turut dibantu oleh HALUANITA Cawangan Perlis, Kelab Sukan dan Rekreasi HALUAN Perlis dan HALUAN Cycling Team Cawangan Perlis.

Antara aktiviti utama ialah ceramah & aktiviti Kepemimpinan dan aktiviti outdoor iaitu latihan dan pertandingan memasak, lawatan ke pusat pemeliharaan lebah madu di Batu Pahat, Perlis, Khidmat Masyarakat di Kampung Kubang Gajah, Arau Perlis, Kem Motivasi Ibadah di Masjid al-Abrar, Kubang Gajah, Kembara menyusuri trek sekitar Batu Pahat dan menunggang kuda di Pusat Ekuin, Batu Pahat, Perlis.

Pengalaman menungang kuda

Menurut peserta sdra Muiz Maswan, kem ini sangat menarik kerana menggabungkan aktiviti dalam dewan kuliah dan aktiviti outdoor . Baginya aktiviti seperti pertandingan memasak, khidmat masyarakat, menjadi urus setia Kem Motivasi Ibadah dan menunggang kuda merupakan pengalaman baru yang sangat menarik. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Sdra Muhammad Nafis Akhtiar, salah seorang faslitator; kem ini menjadi lebih menarik dengan adanya aktiviti yang agak berlainan daripada biasa seperti aktiviti menunggang kuda, khidmat masyarakat, Kem Motivasi Ibadah dan Lawatan.

ProCAST Zon Utara 2012 dipimpin oleh Cikgu Jaafar Mahmud selaku Pengerusi AJK Induk, Cikgu Ghazali Saad, pegerusi AJK Pelaksana dan Cikgu Mat Radzi Din selaku Timbalan Pengerusinya, Sdra Abdul Muta’al Nawawi sebagai Penyelaras Fasilitator, Sdra Syakiruddin selaku Pengarah Kem, Muhammad Hannan Khairul Anwar, Timbalan Pengarah, Afifah Ismail sebagai Naib Pengarah I merangkap Setiausaha dan Maisarah Mansor sebagai Naib Pengarah II.
Kem ini disertai oleh 43 orang pelajar Lelaki dan 56 orang pelajar perempuan.

Peserta ProCAST mengendalikan Kem Motivasi Ibadat

Program Reunion and Refresh (R&R) Procast Zon Utara Insya-Allah akan diadakan pada 19-20 Disember 2012 di Perlis. Peserta, Urus setia dan Fasilitator yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://www.sawahijao.com . Semoga Allah swt teruskan menetapkan kita di atas Jalan-Nya Yang Lurus.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri