PeWARIS2012 Menyapa Terengganu

By | May 14, 2012 at 4:15 pm | 668 views | No comments | Berita, KeARAH Nasional, KeARAH Wilayah Timur

Kuala Terengganu, 23 Januari – Bertempat di Scout Inn Resort (Kem Pengakap Tengku Mohamad Ismail), Telaga Batin, Kuala Terengganu telah diadakan Program PeWARIS Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS2012) yang disertai oleh 148 orang peserta dari seluruh Malaysia.

Program yang berjalan selama tiga hari bermula 21 Januari 2012 ini telah mencoretkan pelbagai kenangan dan pengalaman buat peserta yang dipilih. Seramai 70 orang urusetia dan 28 orang fasilitator dan penolong fasilitator telah dilantik bagi menjayakan dan melancarkan pergerakan kem.

PeWARIS2012 anjuran KeARAH Nasional ini diadakan untuk memperkasakan kompetensi asas Muslim dalam kalangan pimpinan remaja serta mendedahkan pimpinan remaja tentang realiti masyarakat masa kini.

Secara tidak langsung ia dapat meneruskan kesinambungan jaringan hati dan pengalaman antara veteran HALUAN dan aktivis muda KeARAH menerusi perkongsian pengalaman veteran dan penekanan tentang orietasi kemasyarakatan yang tepat.

Dengan itu ia dapat mewujudkan jaringan kerja dan silaturahiim antara peserta secara menyeluruh serta dapat mengupas modus operandi kemasyarakatan sekolah dan KeARAH.

 

Oleh yang demikian, PeWARIS2012 mengfokuskan kepada pembinaan kualiti dalaman, dengan harapan graduan-graduan PeWARIS2012 dapat manjadi fondasi atau teras yang utuh kepada usaha memasyarakatkan KeARAH pada masa hadapan agar terus selari dengan motonya, “Kehadapan, Aktif dan Responsif”.

Penasihat KeARAH Nasional, Tn. Hj. Baderol Allam Awang dipetik sebagai berkata, “ Jahiliah pada zaman sekarang makin berleluasa. Pewaris inilah pemuda yang akan berdepan dengan jahiliah tersebut. Jadi, bersiap-siagalah untuk menghadapinya kerana kehidupan pada masa akan datang akan makin mencabar dan jahiliah akan makin meluas.

Beruntunglah kerana terpilih untuk menyertai kem ini. Kutiplah sebanyak-banyaknya mutiara dari kem ini.” Kata beliau dalam majlis perasmian pembukaan Kem PeWARIS kali ke 7 baru-baru ini.

Beliau juga menerangkan bahawa, “Kita bukanlah lelaki biasa seperti diluar sana. Kita adalah pemuda sebagaimana memetik kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna, pemuda adalah ‘lelaki yang bekerja’ ”.

 

Selama tiga hari dua malam ini, para peserta disajikan dengan pelbagai pengisian kerohanian, fizikal dan mental. Slot Tarbiyah Dzatiyah telah menjadi bahan pengisian permulaan mereka seusai sahaja sesi pendaftaran. Ini adalah pengisian yang amat penting bagi setiap pemudaPeserta juga dibekalkan dengan slot-slot yang membina seperti Slot Qodhoya Islamiyyah, Slot ‘Dakwah Fardiyyah’

dan Slot ’10 Sifat Muslim’. Slot-Slot ini disediakan sebagai bekalan dan panduan untuk berhadapan dengan kehidupan realiti semasa.Para peserta juga telah berpeluang untuk mendengar perkongsian pengalaman daripada beberapa syuyukh yang dijemput khas untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggerakkan gerak kerja dakwah ini dari saat permulaan hingga sekarang.

Slot yang paling memberi kesan yang mendalam pada diri setiap peserta adalah slot kembara masyarakat. Mereka perlu mendekati masyarakat dan menemuramah mereka. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kehidupan masyarakat di luar sana.

Menurut penghulu kem, saudara Abdul Hadi Ab Kassim berkata, “Kem ini telah memberi banyak input yang sangat bermakna. Ia lebih menjurus untuk melahirkan generasi pewaris yang taat kepada Allah serta dapat membuka minda peserta untuk berfikir menjadi seorang pemimpin. Kita harus menjalankan tanggungjawab kita walaupun dimana kita berada.”

 

Dalam majlis perasmian penutupan dihadiri oleh Pengerusi Biro Pembangunan Keluarga & Remaja HALUAN Pusat, Tn. Hj.  Mohd. Nasaruddin Abdul Manaf sekali gus merasmikan penutupan PeWARIS20127 ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai kem ini kerana hanya orang-orang yang terpilih sahaja dapat menyertai kem ini.”

Beliau juga mengingatkan, “Nilailah tahap diri kita. Dimanakah tahap diri kita dalam 10 Muwasafat Tarbiyah. Kita harus sentiasa meningkatkan tahap keimanan dalam diri. Moga menjadi Khalifatul Rahman.”

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri