Peserta ALERT Ikrar Bangkitkan Ummah

By | May 14, 2012 at 3:27 pm | 377 views | No comments | KeARAH Nasional

KANGAR, 14 Mac — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berjaya menganjurkan ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PEWARIS 5) dari 12hb hingga 14hb Mac 2010. Perkhemahan yang diadakan di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat itu telah dihadiri oleh seramai 143 pemimpin remaja dari seluruh negara. PEWARIS kali ini membawa tema “Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari.”

Melalui PEWARIS 5 ini, peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang mencabar, antara lainnya XPDC Utopia di mana para peserta keluar ke jalan, lorong dan memasuki kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat. Acara ini menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih, iaitu pakaian rasmi peserta program kali ini. Selain dari itu, peserta juga telah mengikuti beberapa modul pengukuhan diri dan kerjasama berkumpulan iaitu CounterStrikeThink TankSynergy dan Break the Ice.

Beberapa orang pemimpin HALUAN telah membentangkan kertas kerja berkaitan peranan remaja dalam menyemarakkan usaha pengukuhan diri dan kesukarelawanan, selaras dengan motto berakhlak, mendidik dan berbakti. Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, telah menyampaikan ucaptama khas yang bertajuk “Youth in Islamic Renaissance.” Dalam ucapannya, beliau menaruh harapan yang tinggi kepada setiap peserta selaku pemimpin remaja untuk terus membina akhlak yang mulia dan menyemarakkan usaha mendidik dan berbakti kepada masyarakat. Bersempena dengan majlis itu juga, Dr Abdullah Sudin telah melancarkan portal KeARAH.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri