Pertandingan Melukis Poster Halaqah Keluarga 2015

By | July 14, 2015 at 10:58 am | 1,851 views | One comment | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Nasional, Pembangunan Modal Insan

Edisi Pertama

Edisi Kedua

Biro Pembangunan Keluarga & Remaja HALUAN Malaysia menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Halaqah Keluarga 2015 bermula hari ini dalam usaha membina kesedaran dan kefahaman akan keperluan mendepani realiti hidup berkeluarga yang mencabar dengan langkah yang utama dan penting iaitu mewujudkan secara konsisten unit halaqah keluarga. Dijemput semua warga Malaysia untuk menyertai pertandingan ini dengan merujuk syarat-syarat penyertaan di bawah.Selamat berkarya diucapkan!

Syarat-syarat pertandingan.

1. Pertandingan poster ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.

2. Pertandingan ini akan bermula pada 13 Julai 2015 sehingga 24 Ogos 2015.

3. Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan iaitu :

a) Halaqah Keluarga
b) Keluarga Bahagia Bermula dari Halaqah Keluarga
c) Halaqah Keluarga Pemangkin Ummah Sejahtera

4. Semua poster penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan boleh digunakan untuk apa-apa tujuan tanpa merujuk kepada peserta.

5. Kos penyediaan poster adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

6. Isi kandungan karya yang dihasilkan mesti mengikut spefikasi yang dibenarkan di dalam Islam.

7. Penyertaan hanya boleh dikemukakan secara berkumpulan mengikut keluarga / sekolah / IPT atau institusi yang berkaitan keluarga dan remaja dengan minima 3 orang sekumpulan .Penyertaan secara individu tidak diterima.

8. Setiap keluarga dan kumpulan dibenarkan menghantar lebih dari satu ( 1 ) penyertaan.Hanya karya terbaik akan diambil sebagai pemenang.

9. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati poster yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.

10. Peserta bebas menggunakan pelbagai konsep dalam menghasilkan poster seperti menggunakan perisian komputer , kamera , lukisan tangan dan sebagainya.

11. Poster yang dihasilkan melalui digital mestilah dihantar ( print ) dalam saiz A4 atau A3.Bagi poster dalam bentuk ‘softcopy’ , ‘save’ poster dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP ke dalam CD dan hantar bersama karya anda.

12. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap. Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama poster. Sila muat turun (download) borang penyertaan pertandingan di sini : http://tinyurl.com/otr9uhp

13. Karya yang dihantar mestilah dalam keadaan kemas dan TIDAK DILIPAT.

14. Hantar karya anda ke alamat :

Muhammad Radhi Abdul Rahman
Urusetia Pertandingan Poster Halaqah Keluarga ,
Perunding Ukur Ridhwan
31, Rumah Kedai,
Persiaran Halaman Ampang,
Halaman Ampang Mewah, Ipoh, 31350, Ipoh, Perak.

15. Kriteria permarkahan yang diambil kira ialah –
– Tema : 15 mata
-Illustrasi : 25 mata
-Warna : 20 mata
-Kemasan : 10 mata
-Gubahan / Komposisi / Olahan : 30 mata

16. Markah penuh ialah 100. Pemenang akan dihubungi oleh urusetia penganjur.

17. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

18. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan , boleh hubungi Muhammad Radhi Abdul Rahman di talian 0134749725 atau Siti Maisarah Mansor di talian 0194572024

Selamat berkarya!

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

One Comment

  1. suhayb (1 year ago)

    Jom !

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri