Perkongsian: KMK Perlis 2010 Terbaik!

By | May 14, 2012 at 3:54 pm | 368 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Pernah dengar tak kata-kata ni? Selalunya orang rujuk terma ini untuk sesuatu program bila dah selesai orang masih memperkatakan tentangnya. Samada perkara itu baik atau buruk sahaja yang menjadikan kayu ukur sesuatu program itu mendapat tempat di hati orang atau tidak.

Kem Minda Kreatif juga tidak terlepas daripada perkara-perkara sebegini. Namun, apa yang baiknya ialah setakat ini hanya respon yang positif sahaja yang kedengaran dan masing-masing masih terikat hatinya dengan KMK Perlis yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan.

Biarlah saya pula bercerita tentang KMK menurut kaca pandangan seorang ‘Pengarah Wanita’. Setiap yang diperkatakan hanyalah pandangan peribadi dan juga berdasarkan sembang-sembang dengan sahabat-sahabat semua..

Tiada yang The Bomb….

Apa yang saya maksudkan disini, pada peringkat awal perancangan KMK berjalan dengan kekurangan tenaga samada untuk mencari sumbangan, menyebarkan maklumat seluasnya kepada masyarakat Perlis dan kerja-kerja lain.

Seterusnya…

Pengarah, Timbalan Pengarah, Komandan Kem : merasakan diri tidak layak dan tidak mampu pada mulanya.
Masing-masing bergelut untuk memberitahu diri sendiri yang sebenarnya ‘kita semua’ mampu. Namun, saya melihat ini sebagai suatu faktor kekuatan KMK kali ini kerana apabila seseorang itu merasakan dirinya tidak cukup bagus, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik. Alhamdulillah kerana perjalanan KMK Perlis kali ini berlalu bagai air sungai yg mengalir (pinjam ayat CGBS)

Gandingan Adik-Kakak

Sungguh luar biasa keadaan KMK Perlis kali ini kerana jurang umur antara fasilitator mahupun urusetia lelaki dan perempuan adalah berbeza. Saya selalu berpesan pada diri bahawa angka tidak memberi apa-apa makna kerana sesuatu itu terjadi menurut tafsiran kita. Namun, keselesaan bekerja, berkomunikasi, bekerjasama dan sebagainya membuatkan saya berfikir bahawa kemungkinan faktor ‘angka’ yg hampir 6 tahun berbeza itu melahirkan situasi yang mudah untuk ditangani.

Alhamdulillah, adik-adik ini dikurniakan bakat, kerajinan, ketabahan, kesetiaan, mendengar kata yang tinggi dan kakak-kakak boleh memberi arahan dgn baik, bekerja dengan mereka, menerima pendapat mereka dan berkongsi pengalaman bersama mereka. Situasi ini kemungkinan sukar diperolehi di kem-kem lain dan menyebabkan masing-masing sangat menghargainya. Kami bekerja bagai suatu keluarga. Masing-masing saling lengkap melengkapi untuk menutup kekurangan yang ada.

Tema dan Fokus

Tema KMK kali ini ialah ‘Remaja Dinamik Kehidupan Fantastik’ manakala KMK Perlis telah bersetuju untuk memberikan penekanan kepada Penghayatan Solat. Alhamdulillah keputusan ini telah memberikan impak yang baik kepada program yang dijalankan dan peserta banyak menerima input yang berguna. Apabila kita memberikan penekanan atau fokus kepada sesuatu perkara, perkara tersebut akan dapat kita ukur dengan mudah. KMK kali ini peserta didedahkan dengan segala maklumat berkaitan Solat. Rukun, jenis, bacaan, Qiyamullail, Sirah, Doa,Wudhuk,Tayamum dan sebagainya.  Mudah-mudahan peserta dapat menghayati dan mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian.

Yang Tua dan Muda

Buat kali pertamanya KMK dijalankan di peringkat negeri menyebabkan semua perkara yang dilakukan bermula daripada kosong. Pelbagai perkara dipelajari dan pelbagai kesilapan juga dilakukan. Namun, apa yang mahu ditekankan di sini ialah kesudian makcik-makcik dan pakcik-pakcik datang menziarahi kami di Kem dan membantu daripada aspek teknikal, masak, membeli barang dan memberikan nasihat. Alhamdulillah. Kem ini kini menjadi aktiviti Haluan Negeri yang dapat menggabungkan tenaga veteran dan muda. Yang dapat menganyam ukhuwwah yang lebih erat serta dapat menjalinkan hikmah orang tua dengan semangat orang muda.

Oh, sungguh terharu melihat makcik-pakcik yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan. Kami semua anak-anak sangat menghargainya. Kita semua ternyata dapat bekerjasama dan saling memberi dalam rangka mendidik adik-adik peserta yang dahagakan perhatian dan input berguna daripada kita.


Sederhana tetapi bermakna!

Inilah perasaan yang ada dalam hati saya terhadap KMK kali ini. Segalanya berlangsung penuh sederhana, dengan dewanya yang tua, dormnya yang tidak sempurna, tandasnya yang biasa-biasa, peralatan yang tidak gah mana, namun KMK terus berjalan penuh makna dengan kehadiran Kom Kem yang pandai memanipulasikan suasana, kakak-abang fasi yang bersemangat waja, program dan aktiviti yang menyentuh jiwa serta kerjasama erat daripada adik-adik peserta. Semuanya kelihatan OK dan gembira hasil daripada sokongan peserta sekalian. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Andai disorot kembali, memang tiada yang istimewa yang mampu disajikan buat semua pada awalnya namun kalianlah yang mencorakkan KMK kali ini sehingga menjadi suatu program yang melekat dalam jiwa semua yang menghadiri dan menjadi sebahagian daripada keluarganya. Terima Kasih semua.

Sumber

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri