Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemilihan Karier

By | September 22, 2012 at 11:11 pm | 1,545 views | No comments | Artikel Bacaan, Remaja dan Mahasiswa

Sama tapi tak serupa

Lokasi Kejadian: Bilik Kaunselor di sebuah universiti.

Pelajar A: Prof, pening saya prof..
Professor: Kenapa ni?
Pelajar A: Saya tak fahamlah prof. Saya yang terlebih sensitif ke roomate saya yang terkurang sensitif? Hari-hari ada je perangai pelik-pelik yang dibuatnya. Dah lah anti-sosial. Pening saya prof..
Professor: Awak dah cuba slow talk dengan dia?
Pelajar A: Dah tak larat dah prof…
Professor: Saya akan siasat kes awak.

Sehari berikutnya di tempat yang sama.
Pelajar B: Kenapa ye prof nak jumpa saya?
Professor: Macam mana study? Ok?
Pelajar B: Alhamdulillah ok prof.
Professor: Kawan-kawan semua ok?
Pelajar B: Pada saya ok je prof. Cuma, ada juga kawan-kawan yang tak puas hati dengan saya. Saya pun tak faham.
Professor: Awak dah cuba bincang?
Pelajar B: Dah.. tapi, semua tu benda kecil je prof. Remeh-temeh. Saya tak rasa tu isu besar.
Dan perbincangan terus diteruskan.

Bersemuka bersama
Professor: Sebenarnya, masalah kamu berdua berpunca dari pengaruh keluarga. Roomate kamu nampak berlainan dari kawan-kawan kamu yang lain kerana dia dibesarkan dengan cara yang berbeza. Kebiasaannya anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibu bapa. Namun, dia berhadapan dengan keretakan rumah tangga ibu bapanya sedari kecil lagi. Jadi, dia membesar sebagai individu yang tidak menitikberatkan emosi kerana sering ditinggalkan oleh mereka. Hal ini bukan sahaja mempengaruhi sikapnya, malah ia juga turut mempengaruhi pemilihan kerjayanya.
Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemilihan Karier Individu
“Anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakannya,” ungkapan ini lazimnya dikaitkan apabila menyentuh soal pemilihan agama anak-anak, soal perkembangan sosial, lahiriah serta jasmani seorang anak. Jika diteliti dengan lebih mendalam, ungkapan ini juga memberi impak terhadap masa depan seorang anak apabila kecenderungan seseorang memilih karier juga mempunyai kaitan dengan cara mereka dibesarkan. Secara ringkasnya, Anne Roe menjelaskan;

Table 1: Influences of Family Emotional Structure on Occupation Orientation

Type Sub-type Need Structure Career Orientation
Emotional concentration
  •  Overprotective
  •  Overdemanding
-Person-Person -Person-Person
Avoidance
  •  Emotional rejection
  •  Physical neglect
-Nonperson-Nonperson -Nonperson-Nonperson
Acceptance
  •  Casual acceptance
  •  Loving acceptance
-Nonperson-Person -Nonperson-Person

Secara umumnya, terdapat 6 jenis struktur keluarga iaitu overprotective, overdemanding, emotional rejection, physical neglect, casual acceptance dan loving acceptance.

Karakteristik bagi struktur keluarga yang pertama iaitu overprotective ialah:

  • Mengalakkan pergantungan anak-anak kepada mereka dan menghadkan sikap penerokaan dalam hidup mereka.
  • Menghadkan persahabatan anak-anak dan melindungi mereka dari kanak-kanak yang lain.
  • Masuk campur dalam kehidupan anak dan menjangkakan mereka perlu diberitahu apa yang mereka rasa dan alami.
  • Memenuhi keperluan fizikal dan psikologi anak-anak dengan cepat.
Manakala, ibu bapa yang bersikap overdemanding pula mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Meletakkan standard yang tinggi terhadap anak-anak dan memastikan mereka mematuhinya.
  • Mengharapkan anaknya menjadi sibuk secara konstruktif.
  • Memberitahu anaknya apa yang perlu difikirkan dan dirasakan. (Issacson & Brown, 1993)
  • Memenuhi sepenuhnya keperluan fizikal anak dengan segera; memenuhi keperluan kasih sayang sebagai balasan terhadap kepatuhan mereka; keperluan terhadap maklumat dan sikap memahami hanya dipenuhi sekiranya mereka memberi sumbangan dalam apa jua bentuk pencapaian (Osipow, 1973)

Hasilnya, individu yang lahir dari latar belakang keluarga seperti ini akan membentuk struktur psikologi yang memerlukan orang lain. Jadi, mereka akan memilih kerjaya yang melibatkan manusia (person oriented career) kerana semenjak usia awal kanak-kanak mereka telah terbiasa memenuhi kemahuan orang lain.

Kategori ibu bapa yang seterusnya adalah emotional rejecting parents dan neglecting parents. Karakteristik ibu bapa yang bersikap emotional rejecting ialah:

  • Sengaja melayan anak-anak dengan dingin, bermusuhan serta dengan cara yang tidak masuk akal.
  • Meninggalkannya sendirian dan menghalang hubungannya dengan kanak-kanak yang lain.
  • Mewujudkan peraturan untuk menyekat anak-anak dari masuk campur dalam kehidupan mereka (Issacson & Brown, 1993)
  • Memenuhi keperluan fisiologi dan memastikan keselamatan anak-anak dengan secukupnya tetapi enggan memberikan mereka kasih sayang dan membantu dalam pembentukan harga diri (Roe, 1957). Sementara itu, neglecting parents pula bersikap;

Sementara itu, neglecting parents pula bersikap :

  • Mengabaikan anak-anak.
  • Menyediakan penjagaan fizikal yang minimum tanpa menitikberatkan kasih sayang.
  • Membiarkan anaknya bersendirian tetapi tidak mengelakkan diri darinya (Issacson & Brown, 1993,).
  • Kurang berbahaya dari segi psikologi berbanding penolakan emosi terang-terangan kerana ia dilakukan secara tidak sengaja (Roe, 1957).

Ann Roe merumuskan bahawa anak-anak yang lahir daripada keluarga yang melakukan pengabaian terhadap emosi kanak-kanak akan menghadkan perhubungan dengan orang lain. Justeru, karier yang dipilih oleh mereka lazimnya tidak berorientasikan manusia (non-person oriented fields).

Seterusnya, Ann Roe menjelaskan terdapat struktur keluarga yang bersifat menerima anak mereka sekaligus menggalakkan mereka untuk bersifat berdikari. Jenis keluarga tersebut terbahagi kepada dua iaitu casual accepting parents dan loving accepting parents. Karakteristik bagi casual accepting parents ialah:

  • Memberi perhatian kepada anak-anak dan agak penyayang.
  • Menerima anak-anak sebagai sebahagian daripada keadaan umum.
  • Responsif jika tidak sibuk dengan perkara-perkara yang lain.
  • Easy going, mengenakan beberapa peraturan serta mengenakan usaha yang minima dalam melatih anak-anak (Issacson & Brown, 1993)

Manakala, loving accepting parents pula bersikap:

  • Memberikan anak-anak kasih sayang.
  • Membantu mereka dalam melaksanakan perkara yang penting tanpa sebarang bentuk monopoli.
  • Memberikan lebih banyak rasional berbanding menghukum.
  • Memberi pujian yang releven dan menghulurkan bantuan ketika mereka menghadapi masalah.
  • Menjemput rakan-rakan anak ke rumah, menggalakkan kebebasan, dan memberikan anak-anak peluang untuk mencuba semasa membesar (Issacson & Brown, 1993).
  • Mereka memenuhi keperluan anak mereka pada tahap yang paling maksimum. Melibatkan anak-anak dalam proses berkeluarga. Justeru, anak-anak yang lahir daripada situasi ini lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang berorientasikan manusia berbanding dengan anak-anak yang lahir daripada casually accepting environment. (Roe, 1957)

 

Konsekuensinya, psikologi anak-anak yang dibesarkan oleh accepting parents memerlukan manusia lain di dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian mereka akan memilih pekerjaan yang berorientasikan manusia (person oriented career).

Sama tapi tak serupa
Secara zahirnya, mahasiswa dan mahasiswi di universiti semuanya kelihatan sama. Semuanya menjejakkan kaki ke menara gading dengan matlamat yang sama. Namun, mereka berbeza dari segi sikap, minat serta kecenderungan. Statistik menunjukkan peratusan penceraian dan perkahwinan di kawasan Klang adalah hampir sama. Maka, tidak hairanlah sekiranya anak-anak mangsa penceraian dan keretakan rumah tangga ini memilih untuk menjadi anti-sosial. Justeru, seandainya anda berhadapan dengan individu yang bersikap dingin, jangan terus menghukum. Belajarlah untuk mengenali mereka sekaligus memahami dan membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran komunikasi. Bukankah Allah telah berpesan di dalam surah Al-Maidah ayat 2:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong di dalam berbuat dosa dan permusuhan”

Nukilan :
Atiqah Azmi
B.Ed Tesl, UPM 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri