Pelajar Tahfiz di Pahang Jejaki Lifeline4Gaza

By | May 14, 2012 at 3:11 pm | 727 views | No comments | Artikel Umum

Penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang dipaparkan melalui program roadshow “Lifeline 4 Gaza” talian hayat untuk Gaza, menerobos tembok kematian, oleh HALUAN Palestin turut dikongsi dan dirasai bersama oleh pelajar-pelajar sekolah di Negeri Pahang. Isu Palestin ini bukan sahaja perlu didedahkan kepada masyarakat umum, namun perlu juga didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka betapa isu Palestin ini adalah isu agama yang membabitkan persoalan aqidah yang wajib diketahui oleh seluruh ummah tanpa mengira batasan umur.

Dua buah sekolah menengah agama bertaraf Maahad di Pahang telah bertuah kerana dapat bersama HALUAN Palestin berkongsi informasi terkini tentang isu Palestin ini. Sekola-sekolahh tersebut ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Dan Professional Kerajaan Negeri di Tg Lumpur, Kuantan dan Maahad  As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Pusat Jengka Pahang.

Pengerusi HALUAN Palestin, Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin telah dijemput menyampaikan ceramah isu Palestin di Maahad Tahfiz Al Quran pada 2 April 2010 lalu selepas solat Jumaat di surau Maahad tersebut. Seramai 150 orang pelajar terpilih telah hadir mendengar penjelasan sebenar mengenai isu Palestin ini. Mereka menunjukkan minat dan tumpuan pada bahan yang disampaikan beserta tayangan slide yang menunjukkan penderitaan umat Islam di sana, dan bagaimana usaha masyarakat dunia yang prihatin ingin membantu mereka melalui projek “Lifeline 4 Gaza” ini.

Menurut wakil Pengarah Maahad, Ustaz Lafzul, pelajar-pelajar ini perlu mengetahui isu sebenar yang menyelubungi permasalahan ummah hari ini agar minda dan perasaan hati mereka akan lebih terdidik menghubungkan dan mempraktikkan Al-Quran yang dihafaz dalam kehidupan mereka. Mereka juga dianjurkan untuk sentiasa mendoakan akan keselamatan dan kesejahteraan saudara mereka di sana sebagai bukti kasih sayang dan prihatin mereka di samping menggalakkan ibubapa mereka untuk turut serta memberi sumbangan kepada projek mengumpul dana ini.

Manakala pada 7 April 2010 pula, pelajar Sekolah Agama Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini di Bandar Jengka turut berpeluang mendengar dan memahami isu Palestin ini yang telah diadakan selepas solat Asar di Masjid sekolah. Seramai 300 orang pelajar putera dan puteri teruja mendengar ceramah beserta tayangan slide dan video.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Abd Bashir dari HALUAN Palestin Pahang. Pelajar didedahkan dengan  penderitaan umat Islam di Palestin akibat keganasan pihak Zionis dan perancangan Yahudi untuk merobohkan Masjid al Aqsa.

Begitu juga dengan pembinaan tembok kematian yang dibina oleh Zionis yang telah membuatkan mereka kini terkepung di dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia. Rakyat Palestin ini dinafikan hak untuk hidup bebas dan terputus hubungan bagi mendapatkan sebarang bentuk bantuan antarabangsa.

Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan protokol dan perancangan jahat Yahudi yang telah berjaya merosakkan aqidah dan akhlak generasi muda Islam dengan berbagai strategi melalui penerapan 6S iaitu song, show, shopping, sport, smoke dan sex. Pelajar diingatkan bahawa mereka adalah pemuda-pemudi tiang agama yang akan mewarisi kepimpinan generasi di masa akan datang. Justeru itu mereka perlu persiapkan diri dengan aqidah, ibadah dan akhlak yang mantap. Mereka harus memelihara diri dari terperangkap dan hanyut dengan godaan hawa nafsu ciptaan dan perancangan jahat Yahudi ini. Ceramah telah diakhiri dengan pelajar-pelajar berdiri dengan penuh semangat menyanyikan lagu “Palestina Tercinta” beramai-ramai.

Alhamdulillah, isu Palestin ini telah memberi ruang wacana ilmu seluasnya kepada pelajar dan menyedarkan mereka bahawa dipundak bahu merekalah letaknya harapan ummah untuk mengembalikan kegemilangan Islam membebaskan Palestin dan Masjid al Aqsa dari cengkaman Zionis.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri