Mesti Untuk Hati Sendiri

By | July 3, 2013 at 7:41 am | 794 views | 2 comments | Artikel Bacaan, Artikel Umum

Setiap manusia ada personaliti masing-masing.

Ada yang dahulukan hati mereka sendiri sebelum hati orang lain.
Ada yang dahulukan hati orang lain sebelum hati sendiri.

Menjaga hati orang lain itu kadang-kala sudah menjadi satu keperluan bagi kita sebagai manusia.
Tujuannya supaya kawan-kawan kita tidak terasa dengan apa yang kita katakan.
Supaya kawan-kawan kita senang berkawan dengan kita.
Supaya kawan-kawan kita tak ada dendam terhadap diri kita.

Memberi itu satu rahmat

Menjaga hati sendiri itu sudah menjadi kemestian.
Tujuannya supaya hati kita tidak disakiti.
Supaya hati kita tidak dilukai.
Supaya hati kita tidak ada dendam terhadap orang lain.

Kadang-kala, kita menjaga hati orang lain, tetapi tak pernah ada pun orang lain itu menjaga hati kita.
Dari situ timbulnya rasa tidak puas hati.
Lumrah manusia, kita memberi sesuatu kepada orang lain dan kita mahu orang itu beri sesuatu kepada kita semula.
Begitu juga dengan hati, kita menjaga hati orang lain dan kita mahu orang lain juga menjaga hati kita.
Tetapi, kadang-kadang ada orang yang menyuruh orang lain menjaga hati dia, tetapi dia tidak pula menjaga hati orang lain.

Tidak kira yang mana satu jenis anda, penulis menyarankan, jagalah hati orang lain dan jangan lupa hati sendiri untuk dijaga.

Ikhlaskan setiap perlakuan kita terhadap orang lain dan jangan terlalu harap balasan daripada orang lain kerana balasan indah daripada Allah menunggu anda jika anda ikhlas melakukan sesuatu kebaikan.

Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.” (al-Bukhari)

Oleh itu, ikhlaskan hati anda.
Jaga hati orang lain itu PERLU, jaga hati sendiri itu MESTI.

Sahabat, hati-hati dengan hati. Kerana mungkin ‘dia’ boleh buat anda ‘mati’ atau ‘hidup kembali’. 😉

Dendam.
Iri hati.
Tidak puas hati.
Cemburu.
Benci.
Semua itu bermula daripada aku.

Gembira.
Bahagia.
Suka.
Sayang.
Cinta.
Aku juga yang melahirkannya.
Namun…
Ramai yang lupa…
Mereka yang mewarnaiku.
Hitam.
Putih.
Merah.
Kuning.
Biru.
Itu pilihan mereka.

Ada yang mahu aku menjadi hitam.
Ada juga yang memutihkanku.
Ada juga yang mahu jadikanku pelangi.
Semua itu…
Hak mereka.

Pesanku…
Hati-hati denganku.
Kerana aku, boleh buat kamu ‘mati’.
Aku juga boleh buat kamu ‘hidup kembali’.
Pilihan ada ditanganmu.

Yang mewarnakan aku adalah kamu.
Kerana kamu perlu menjagaku sepertimana yang kamu mahu.
Mahu JannahNya, bentuk aku sebaiknya.
Mahu sebaliknya, biarkan aku sahaja.
Ingat…
Aku hanya pinjaman semata.

Ikhlas,
Hati.

Nukilan :
Syaza Syafeeqah Bt Mohammad Khasnan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

2 Comments

  1. CIKGU IZLIN (6 years ago)

    Bagaimana untuk menjemput pihak tuan menjalankan aktiviti kepada pelajar sekolah saya?

    • Radhi (6 years ago)

      Terima kasih puan,sudi meninggalkan komen nih.
      Puan boleh hubungi pihak kami melalui:
      Email:kearah@haluan.org.my
      No telefon (wakil KeARAH):0134749725
      Moga kerjasama pihak puan dengan KeARAH boleh dilaksanakan.

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri