Menyusuri Sunnah Rasulullah di KASeH Wilayah Tengah

By | May 14, 2012 at 4:19 pm | 526 views | No comments | KeARAH Wilayah Tengah

Shah Alam – Alhamdulillah ! Tahniah kepada semua adik-adik peserta 214 orang yang berjaya menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) 3 bagi wilayah tengah yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2012 baru- baru ini.

KASeH yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Haluan ( KeARAH ) dengan kerjasama HALUANITA diadakan di Kem Bumi Jati , Shah Alam , Selangor melibatkan negeri di kawasan wilayah tengah iaitu Wilayah Persekutuan , Melaka , Negeri Sembilan dan Selangor. KASeH kali ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran seramai 214 orang peserta masing-masing terdiri daripada  112 perserta lelaki dan 102 perserta perempuan rata-rata berumur dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun.

KASeH kali ini bertemakan  ‘Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW Dalam Kehidupan Anak-Anak Muslim’ yang memberi penekanan melalui beberapa objektif iaitu membina peribadi muslim agar mempunyai keterikatan dengan Allah swt , menghidupkan sunnah Rasulullah SAW serta membangunkan kasih sayang kepada Allah, Rasulnya, Ibu Bapa, diri sendiri dan umat Islam seluruhnya.

Aktiviti berkumpulan

Semasa majlis perasmian yang disempurnakan oleh Encik Mohd Nasarudin Manaf, Ketua Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja Haluan telah mengajak ibu bapa untuk menjadikan aktiviti dan program Dakwah dan Tarbiah kepada anak-anak ini sebagai salah satu medan utama dalam ubudiah kepada Allah SWT lebih-lebil lagi dalam keadaan majoriti  remaja diluar sana yang lebih cenderung kepada melakukan perbuatan dan aktiviti yang tidak baik.

Ibu bapa bersama anak-anak dalam majlis pembukaan

Antara akitiviti yang dijalankan di dalam kem KASeH ini ialah ceramah yang bertajuk ‘Pengorbanan dan Kasih Sayang Rasulullah’ , Kembara Tarbawi , Qiyamulail , persembahan peserta dan muhasabah diri.

Selain itu  , antara ucapan dari wakil peserta , Yusof bin Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada fasi kerana layanan yang baik dan rasa seronok duduk di kem ini kerana dapat banyak ilmu. Beliau juga menyatakan keseronokan berada di sini kerana banyak aktiviti yang menarik.

Peserta lelaki sedang membuat persembahan kumpulan

Majlis perasmian penutupan KASeH telah disempurnakan oleh En Sabarudin Mat Kari, Pengerusi Kelab Remaja Haluan (KeARAH).

Laporan disediakan oleh Nur Sarah bt Abdul Rashid

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri