Memanfaatkan Kecerdasan Kita Yang Berbeza

By | January 14, 2013 at 11:21 pm | 1,586 views | No comments | Artikel Bacaan, Remaja dan Mahasiswa

Multiple Intelligences/ Kecerdasan Pelbagai

Situasi 1:

Ain pernah menghadiri sebuah ceramah motivasi yang berkongsi mengenai tips untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti. Di sana, dia tertarik dengan idea bernas penceramah yang mendedahkan bagaimana seorang pelajar boleh berjaya di dalam pelajaran hanya dengan menggunakan peta minda. Selama satu semester dia berusaha mengaplikasikan teknik berkenaan namun tidak seperti pelajar lain yang kini cemerlang, dia masih lagi terkandas di takuk yang sama.

“Tony Buzan, pelopor peta minda cakap bila belajar guna peta minda boleh cepat faham, jimat masa dan lagi cepat ingat. Tapi, tak jadi pun. Makin rasa pening adalah. Ades…”

 

Kenaliti Personaliti, Tingkatkan Produktiviti

Kisah yang dilalui oleh Ain merupakan kisah yang popular dalam kalangan pelajar. Lazimnya, pelajar yang mempunyai keputusan yang sederhana akan cuba mencontohi pelajar lain yang lebih cemerlang, Namun, adakalanya cara ini tidak meninggalkan kesan yang diharapkan. Pastinya ia meninggalkan tanda tanya dalam kalangan mereka. Di sinilah kepentingan mengenali stail belajar yang berkesan. Hal ini kerana setiap individu mempunyai cara yang unik dan tersendiri dalam pembelajaran. Stail belajar merupakan pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran dan cara kita berfikir. Secara spesifiknya, cara ini menentukan bagaimana informasi diperoleh dan diproses.

Kini, seantero dunia menyedari hakikat bahawa setiap individu mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka tidak hanya mempunyai perbezaan dalam kelajuan memproses maklumat; malah, mereka juga mempunyai perbezaan dalam stail belajar. Terdapat pelajar yang belajar secara efektif melalui pembacaan (mereka lebih suka apabila cikgu menulis semua maklumat di atas papan hitam), ada juga yang lebih gemar mendengar atau memerhati. Tidak kurang juga yang sukakan belajar secara berkumpulan kerana melalui perbincangan mereka lebih memahami sesebuah topik. Malahan, terdapat pelajar yang boleh belajar hanya dengan mengaitkan gambar dan subjek yang dipelajari. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat perbezaan dari segi kesan pembelajaran yang diterima oleh pelajar. Justeru, menjadi tanggungjawab bagi setiap pelajar untuk mengenalpasti kecerdasan masing-masing bagi menentukan stail belajar yang paling efektif.

 Multiple Intelligences/ Kecerdasan Pelbagai

Menurut pakar psikologi yang terkenal, Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya 7 kecerdasan pelbagai yang boleh membentuk stail belajar yang berbeza. Antaranya ialah linguistic intelligence, musical intelligence, logical/mathematical intelligence, visual/spatial intelligence, bodily/kinesthetic intelligence, intrapersonal intelligence dan interpersonal intelligence. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mengenali kecerdasan (intelligence) seseorang? Jawapannya ringkas. Anda cuma perlu melakukan pemerhatian terhadap perkara yang paling anda gemari. Teliti kenyataan di bawah dan perhatikan kenyataan manakah yang paling sesuai dengan kategori kecerdasan anda;

Jenis kecerdasan

Karakteristik

 

Logical-mathematical intelligence

 

–       Sukakan kelas matematik

–      Suka menyelesaikan masalah matematik di dalam kepala.

–       Suka bekerja dengan komputer.

–       Suka bertanya bagaimana sesuatu perkara dilakukan.

–       Sukakan permainan yang memerlukan strategic, logic puzzles atau                       brainteasers.

–       Suka bermain chess atau checkers.

–       Suka melakukan eksperimen sains.

 

Linguistic intelligence

–       Suka membaca buku

–       Suka belajar perkataan baru dan menggunakannya semasa bercakap atau menulis.

–       Suka bercerita dan mendengar cerita.

–       Mempunyai memori yang baik tentang manusia, nama dan tarikh.

–       Berasa kurang senang apabila orang lain menggunakan bahasa    yang salah.

 

Spatial intelligence

 

–       Suka melukis

–       Banyak menconteng buku nota

–       Banyak berangan

–       Lebih senang membaca peta, carta dan diagram berbanding teks.

–       Suka membina objek 3D seperti LEGO

 

Bodily-kinesthetic intelligence

 

–       Banyak bergerak daripada duduk.

–       Sukakan aktiviti seperti berenang, berlari atau berbasikal.

–       Menggunakan pergerakan badan atau isyarat tangan semasa bercakap.

–       Suka menyentuh benda baru.

–       Senang belajar sukan dan bersukan tanpa mengenal penat.

–       Suka mengajuk tingkah laku orang lain.

 

Musical intelligence

 

–       Suka mendengar muzik

–       Suka menyanyi

–       Berasa terganggu sekiranya mendengar muzik yang sumbang.

–       Suka bermain alat muzik

–       Senang menghafal melodi dan lirik walaupun baru sekali mendengarnya.

–       Mempunyai suara yang lunak dan merdu.

 

Interpersonal intelligence

 

–       Mempunyai 2 atau lebih sahabat rapat.

–       Memahami perasaan sahabat hanya menerusi riak muka, bahasa badan dan suara mereka.

–       Menjaga perasaan sahabat

–       Mendekati orang lain dengan empati.

–       Membantu orang lain menyelesaikan masalah.

–       Menyertai kelab dan persatuan.

–       Kelihatan seperti ketua secara semulajadi.

 

Intrapersonal intelligence

 

–       Suka bersendiri

–       Sukakan tempat yang sunyi untuk bekerja

–       Mempunyai minat dan hobi yang tidak diceritakan.

–       Menunjukkan tahap berdikari yang kuat dan kemahuan yang tinggi.

–       Mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.

 

Naturalistic intelligence

 

–       Suka berkebun

–       Suka mengamalkan 3R (reuse, reduce, recycling)

–       Suka memancing

–       Suka melihat bintang

–       Suka berkhemah

–       Suka menangkap gambar.

–       Suka memelihara bintang peliharaan.

Stail belajar yang pelbagai

Setelah mengenalpasti kecerdasan yang paling dominon di dalam diri, pelajar boleh memilih stail belajar yang efektif. Antara gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan mengikut kategori ialah;

Linguistic Logical-Mathematical Visual-Spatial Bodily-Kinesthetic
Choral speakingDeclarizingBercerita

Bercakap

Berdebat

Membuat persembahan

Reading aloud

Berlakon

Membuat buku

Membaca buku non-fiksyen

Mengkaji

Mendengar

Menulis journal

Menyelesaikan masalahMengukurMengekod

Berfikir secara kritikal

Membuat jangkaan

Bermain permainan yang memerlukan logik

Mengumpul data

Menjalankan eksperimen

Experimenting

Solving puzzles

Classifying

Using manipulatives

Learning the scientific model

Using money

Using geometry

Membuat grafMenangkap gambarMenghasilkan metafora

Membuat analogi

Membuat projek 3D

Melukis

Membuat illustrasi

Menggunakan carta

Menggambarkan

Membuat lakaran

Melukis pola

Menjawab teka-teki visual

EksperimenMengubah susunan bilikPergerakan kreatif

Membuat kerja lapangan

Aktiviti pendidikan jasmani

Kraf

Berdrama

Bersama kumpulan

Kooperatif

Menari

 

Musical Interpersonal Intrapersonal Naturalistic
HummingRappingMemainkan muzik latar

Pola

Bentuk

Bermain instrumen

Rhyming

Menyanyi

Peer editingPembelajaran kooperatifBerkongsi

Kerja kumpulan

Membentuk kelab

Mengajar rakan sebaya

Kesedaran sosial

Menyelesaikan konflik

Berbincang

Cross age tutoring

Belajar berkumpulan

Memerah idea

Respon peribadiBelajar secara individuSet gol individu

Projek individu

Menyimpan journal

Projek yang memerlukan pilihan peribadi

Membaca secara bersendiri

Melakukan kajian luarMemberi nama dan melakukan klasifikasiMembuat koleksi dan senarai

Keistimewaan berdasarkan kecerdasan

Kecerdasan Keistimewaan
Linguistic Kebolehan menggunakan perkataan dan bahasa.
Logical-Mathematic Kebolehan berfikir secara induktif dan deduktif serta cekap memberikan alasan yang logik dan munasabah.Kebolehan menggunakan nombor dan mengenalpasti pola yang abstrak.
Visual-Spatial Kebolehan mevisualkan objek serta menghasilkan imej melalui imaginasi.
Body-Kinesthetic Kebolehan mengawal pergerakan badan yang fizikal.
Musical Kebolehan mengenalpasti pola bunyi dan sensitif terhadap setiap rima dan bit.
Interpersonal Kebolehan berkomunikasi dan membina perhubungan sesama manusia.
Intrapersonal Kebolehan mengenali diri sendiri secara spiritual serta cekap dalam melakukan refleksi.
Naturalistic Kebolehan menghargai alam sekitar semasa pembelajaran dijalankan serta membuat perbandingan di antara subjek dan alam semulajadi.

Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang berbeza. Justeru, amat penting bagi mereka untuk mengetahui kategori kecerdasan masing-masing supaya mereka dapat mengaplikasikan stail belajar yang paling efektif. Hasilnya, mereka dapat memaksimumkan potensi yang ada di dalam diri mereka serta melahirkan individu yang berjaya di dalam bidang akademik sekaligus menyumbang kepada agama dan ummah pada masa akan datang.

 

Rujukan:

2010 Simpsons Multiple Intelligences Poster (Landscape) DOC

http://theweeblespreschool.com/?page_id=154

http://www.casacanada.com/every.html

http://www.teachervision.fen.com/intelligence/teaching-methods/2204.html

http://www.literacyworks.org/mi/intro/quickreview.html

 

Nukilan : 
Atiqah Azmi
B.Ed Tesl, UPM 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri