Matematika Kehidupan

By | May 14, 2012 at 10:08 am | 476 views | No comments | Remaja dan Mahasiswa

“Ketika ditanya tentang HARAPAN hampir semua orang akan menjawab dengan begitu tegas dan yakin, “Saya ingin bahagia”. Namun hakikatnya terlalu sedikit yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Seringkali manusia menilai kebahagiaan itu dengan banyaknya harta, tingginya pangkat dan kedudukan atau mungkin ketampanan dan kesegakan. Lantaran itu, kita melihat suami lebih berlama-lama ditempat kerja atau sibuk dengan perniagaan. Isteri pula seringkali menziarahi saloon-saloon kecantikan atau duduk lama-lama berdiskusi tentang tips-tips kecantikan. KELUARGA menduduki tangga yang entah keberapa.”

-Abu Umar-*

Ungkapan di atas pasti dirasai oleh kebanyakan ahli masyarakat kita kini. Ramai anggota masyarakat tanpa mengira usia,tua,dewasa dan kanak semakin hari semakin hilang rasa bahagia dalam hidup mereka.Mengapa berlaku demikian?Jawapannya bermula dengan keimanan kepada Allah SWT. Bermula dengan keimananlah hidup yang dirasakan sempit dan menyeksakan dirasai luas , lapang dan bahagia walaupun dilanda ujian dan dugaan. Jom lihat Matematika Kehidupan!

1. Kebahagiaan, Ketenangan & Keimanan

Seorang anak kecil berlari-lari mendapatkan pak ciknya lantas menghulurkan sehelai kertas.. “Pak cik, tolong check..”

Pak Cik: Semua point ni bagus. Cuma, ianya bakal gagal jikalau pokoknya tiada.

Anak kecil: ??

Lantas pak cik tersebut mengambil sebatang pen dan menulis ‘Ketenangan Jiwa.’

Si anak kecil kebingungan.. Bukankah kesemua point dan idea yang dilontarkannya bagus-bagus belaka?

Anak kecil: Pak cik, bukankah dengan cinta, menjadi kaya raya, terkenal di seantero dunia serta badan yang sihat lagi cerdas sudah cukup untuk membuatkan saya menjadi bahagia bila dewasa nanti..?

Pak Cik: Anakku, pokok tersebut (ketenangan jiwa) disimpan oleh Allah dan hanya yang terpilih sahaja yang berjaya mendapatkannya. Sungguh, Allah mengurniakan ramai orang kepandaian, kaya-raya dan juga kemasyhuran.. Namun, ketenangan jiwa yang Allah kurniakan ada ukuran dan batasannya. Anakku, ini bukan pendapatku, bahkan daku mengambilnya dari perspektif ilmuwan. Peri pentingnya perkara ini sehingga membutakan mereka berdoa;

“Biarlah, Ya Tuhan, segala kesenangan dunia ini terletak di bawah tapak kaki orang-orang bodoh. Dan kepadaku, berikanlah hati yang tidak pernah bergoncang!”

2. Berjaya tapi Gagal

Dia punya jawatan besar.. CEO sebuah syarikat. Dia punya kerjaya hebat.. cawangan serata negara. Hartanya melimpah ruah. Segalanya lebih dari cukup hingga membuatkan semua yang memandang pasti berkata “untungnya kalau berjaya seperti dia..” Namun, hatinya sering dilanda resah dan gelisah; disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Umum tidak mengetahui betapa peritnya batinnya. Betapa sebenarnya dia hidup dalam penuh kekecewaan. Betapa dia berasa kekayaan dan kesenangan ini tidak lagi mampu memberi erti padanya. Bahkan, setiap detik yang berlalu menyaksikan betapa dia kehilangan sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Hari demi hari dihabiskannya mencari jawapan kepada sebuah persoalan.

“Pak cik, saya dengar pak cik orang bijaksana.. Saya datang ni nak bercerita tentang masalah-masalah saya.” Pak cik tersebut menjawab, “Macam ni lah, sebelum kamu bercerita mengenai masalah kamu, apa kata kita berjalan-jalan di kawasan halaman rumah pak cik. Kita tengok apa yang ada. Tapi sambil kamu berjalan, bawalah semangkuk susu ini dan pastikan ianya tidak tumpah.” Anak muda tersebut tawaf mengelilingi rumah tersebut. Langkahannya penuh hati-hati, bimbang kalau-kalau ada susu yang tertumpah.

“Tahniah!” kata pak cik tersebut sambil melihat mangkuk susu yang masih sama isi padunya. “Semasa kamu berjalan tadi kamu ada nampak tak koleksi-koleksi pak cik yang mahal-mahal? Kerusi antik, landskap yang indah ditemani burung-burung yang bersiul riang?.” “Maaf pak cik, saya tak sempat nak tengok apa-apa pun, saya terlalu fokus dan concentrate pada susu yang saya bawa, saya pergi tengok sekarang ya,” dia berterus-terang. “Boleh, tapi bawa bersama susu tadi ya.”

“Betullah pak cik, cantik sungguh landskap rumah pak cik!” kata anak muda tadi penuh teruja. Kemudian, dia melihat susunya tumpah. Pak cik tadi ketawa lantas berkata, “Wahai anak muda, apakah pelajaran yang kamu dapati hari ini? Jikalau susu di dalam mangkuk kamu masih elok, maka rumah yang indah tidak akan terlihat di matamu. Jikalau rumah ini terlalu indah di matamu, pasti susu ini tumpah semuanya.. Begitu jua kehidupan, perlukan keseimbangan. Agar susu tidak tumpah, kecantikan rumah masih dapat dihayati. Kembalilah pada keluargamu, belajarlah mencipta suasana yang harmonis.

3. Semangat yang terbang pergi

Fikirannya buntu. Langkahnya mati. Hatinya tertanya-tanya sendiri. Akhirnya dia mengakui, semangatnya telah terbang pergi. Keserabutan melanda. Walhal, peperiksaan menghampiri. Akhirnya, dalam bulatan cinta dia melepaskan resah di dada. “Mak cik, kenapa ya.. Kadang-kadang rasa amat bersemangat untuk belajar. Sampaikan sanggup untuk pergi dengar lecture dari pagi hingga malam. Kalau assignment tu, banyak manapun tak pa.. Tapi bila ujian melanda, rasa nak give up. Mula rasa tak nak lagi teruskan semua ni..”

Mak Cik: Apa yang membuatkan rasa nak sangat belajar mula-mula?

Pelajar: Eh.. mestilah sebab nak berjaya mak cik, sebab tu semangat berkobar-berkobar!

Mak Cik: Apa yang menyebabkan semangat tu pergi?

Pelajar: Macam-macam mak cik.. Pensyarah macam tu, Groupmate macam ni.. Classmate pulak hanya Allah yang tahu.. Pening-pening.. Alih-alih rasa dah nak give up la mak cik..

Mak cik: Sebenarnya, bila kita bersandar pada semangat, kita bersandar pada sesuatu yang rapuh. Semangat sifatnya fleksibel; boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Jadi, kita perlukan sesuatu yang statik, agar ia menggerakkan semangat. Sungguh, hanya iman yang mampu menggerakkan semangat.

Pelajar: Mak cik, macam mana iman dapat menggerakkan semangat?

Mak cik: Iman dapat mengerakkan semangat bilamana ia berfungsi sebagai starting point dan noktah bidayah dalam kehidupan. Bila sesuatu dimulakan dengan betul insha Allah ianya akan berakhir dengan betul. Bukankah mukmin itu amat ajaib? Bilamana diberi kebaikan, dia bersyukur. Seandainya ditimpa ujian, dia bersabar.

Konklusi: Matematika Kehidupan

Keseluruhan 3 kisah, namun masih berputar pada paksi yang sama. Kesemuanya bertitik tolak dari keimanan.

Kisah 1: Kebahagiaan letaknya dalam keimanan

Kisah 2: Untuk berjaya perlu seimbang.

Kisah 3: Kuasa keimanan dalam memacu kehidupan.

Justeru, sebagaimana mathematical equation; matematika kehidupan:

Kebahagiaan berkadar langsung dengan ketenangan jiwa & Ketenangan jiwa berkadar langsung dengan keimanan.

Nukilan : Atiqah Azmi

Rujukan:

1. Kehidupan dan Keimanan (Dr. Yusof Al-Qardhawi)

2. Motivasi pagi @ ikim.fm (Kisah susu & pemuda)

3. Bulatan cinta

4. *Abu Umar : http://my.opera.com/azmibhr/blog/2010/12/09/kemana-arah-tuju-kita

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri