Latihan Jadi Pengendali Kem di FURSAN 2014

By | February 21, 2014 at 11:06 pm | 872 views | No comments | KeARAH Nasional, Pembangunan Modal Insan

SHAH ALAM, 2 Feb 2014 – Suka jadi fasilitator kepada acara tertentu? Ramai memikirkan bahawa menjadi seorang fasilitator semudah terjun ke medan dan pakai vest. Tetapi tidak; ia lebih daripada itu.

Memandangkan banyaknya program dewasa ini melibatkan acara-acara berpaksikan remaja dan kanak-kanak, Kelab Remaja HALUAN telah menganjurkan Kursus Pembangunan Fasilitator dan Urusetia (FURSAN 2014) di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor yang dihadiri 150 peserta.

Kursus selama dua hari bermula 31 Januari itu antara lain memuatkan tajuk seperti Heart n Mind Setting: Kepentingan Dakwah dan Tarbiyah Kepada Kanak-kanak dan Remaja Serta Peranan dan Kualiti Diri Fasilitator & Urusetia; Lelaki: Menyelurusi Sejarah Kejurulatihan Akademi Insan; Perempuan: Penyediaan Kewangan & Akaun Program; Antara Pengalaman & Masa Depan serta Penampilan. 10 tajuk menarik pembentangan dan latihan bengkel tersebut bermakna peserta yang hadir bakal menjadi fasilitator bersijil selepas ini. FURSAN kali ini dikendalikan oleh Encik Mustafa Kamil , Encik Mansor Daud , Encik Mohd Diah , Cikgu Azmi Bahari serta Encik Mohd Nasaruddin Abdul Manaf.

“Objektif kami tercapai. Antara lain kami berharap untuk memahamkan peserta tentang peranan urusetia dan fasilitator dalam program kanak-kanak dan remaja. Mereka perlu tahu kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan program seperti itu. Dan di akhir latihan ini, mereka menerima lencana khas sebagai pengiktirafan terhadap ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi daripada kursus tersebut dan ia boleh digunakan sebagai kayu ukur pemilihan urus setia dan fasilitator di mana-mana program di masa depan,” berkata Pengerusi Kelab Remaja HALUAN, Encik Mohd Nasaruddin Abdul Manaf.

Dalam ucapan penutupnya, beliau berkata sudah tiba masanya untuk para remaja dan pemuda-pemudi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mendidik dengan penuh rasa kegentingan kerana masyarakat hari ini berada di jurang kehancuran. Oleh itu, peranan fasilitator yang memahami dasar-dasar syarak sangatlah penting sebagai pemangkin pembentuk minda dan akhlak generasi muda akan datang. Diharapkan FURSAN ini memberikan kefahaman dan kesedaran kepada para peserta dalam bergerak di medan amal nanti.


Memakaikan lencana pada rakan


Alhamdulillah,sedia berkhidmat!


Peserta lelaki FURSAN 2014


Peserta perempuan FURSAN 2014

Sumber:
HALUAN Malaysia.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri