KMK Wilayah Tengah ’12 Mempersonakan Hidup Dengan Islam

By | December 8, 2012 at 12:47 am | 747 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Tengah

Hulu Langat , 3 Disember 2012– Seramai 83 orang peserta putera dan puteri telah menghadiri Kem Minda Kreatif Wilayah Tengah 2012 di Kem An-Naim, Hulu Langat. Kem ini telah dianjurkan oelh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) yang bermotokan “Kehadapan, Aktif dan Responsif “ sesuai dengan remaja masa kini, yang sentiasa perlu bergerak ke hadapan.KMK Wilayah Tengah pada tahun ini membawa tema “Remaja Kontemporari Mencorak Identiti” mencerminkan kehidupan remaja masa kini yang perlu diasuh dan dididik untuk melakar personaliti seperti yang dikehendaki Islam. KMK 2012 Wilayah Tengah dikendalikan oleh Saudara Mohd Adib bin Mohd Suhor dan dikemudikan oleh Saudara Mughirah Shahir bin Riduan sebagai Kem Komanden.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang diminati oleh para remaja. Bersuasanakan persekitaran hutan dan jauh ke pedalaman membuatkan kem ini semakin mencabar. Pada hari pendaftaran, kelihatan para peserta begitu ceria dan bersemangat untuk mengikuti kem ini. Petangnya, para peserta puteri begitu teruja sekali semasa membuat aktiviti kayak. Sesi muhasabah oleh Abang Radhi bertajuk “Kebangkitan” diadakan pada malam harinya. Antara kata-kata yang menarik dari beliau ialah “ Kita leka dengan kesenangan dunia, sehingga jiwa kita menjadi keras. Sehingga kita hanya memikirkan diri kita sahaja. Inilah yang menjadikan kita tidak lagi peka dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita. Kemewahan inilah yang menghilangkan jati diri dan kemahuan kita untuk menjadikan diri kita sebagai pemimpin umat ini.”. Setelah itu, sesi dialog bersama-sama dengan syuyukh dan syabab terpilih pula telah diadakan yang membincangkan “Kepentingan Pemuda untuk Ummah”.

Berkayak bersama-sama

Pada keesokkan harinya, para peserta telah dilatih jasmani mereka dengan aktiviti-aktiviti luar yang menguji kepantasan, kreativiti dan daya ketahanan diri. Semasa aktiviti ‘Kemahiran Hidup’, mereka diajar cara-cara untuk membaca kompas, memasak menggunakan kayu api dan juga memancing ikan. Ketika para peserta puteri sibuk dengan modul-modul aktiviti ‘Kemahiran Hidup’, peserta putera pula mengikuti aktiviti meredah hutan (Jungle Tracking). Melalui denau-denau yang sempit dan curam menambahkan lagi cabaran untuk para peserta. Kepenatan mereka terubat apabila berjumpa dengan air terjun di tengah perjalanan. Selepas solat zohor, peserta puteri bersiap-siap untuk aktiviti jungle tracking manakala peserta putera membuat aktiviti ‘Kemahiran Hidup’ dan berkayak.


Memasak dan memancing

Pada malam harinya, Malam Ilmu dan Kebudayaan telah diadakan di dewan utama. Artis-artis jemputan seperti Uncle Rasyid dan Brother Azhar telah dijemput untuk menyerikan lagi majlis pada malam tersebut. Para fasilitator dan urusetia tidak ketinggalan untuk beraksi dengan membuat Flash Mob tentang Gaza. Para peserta putera begitu kreatif dan bersahaja sekali mempersembahkan lakonan dan nyanyian walaupun secara spontan. Alahamdulillah, kelihatan semua bergembira dan bersemangat walaupun agak kepenatan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari pagi hingga ke petang.


Bersama untuk mengembara

Pada keesokan harinya, seusai solat subuh, para peserta sempat bermain War Game sebagai aktiviti riadah. Semasa ‘Sharing Moment’ kebanyakkan peserta berpuas hati dan gembira mengikuti program sebegini. “Ini adalah pertama kali saya join program bawah HALUAN, dan KMK adalah program yang terbaik dan paling best pernah saya join” kata salah seorang adik peserta putera. Alhamdulillah. Setiap kali bertemu, pasti akan ada perpisahannya. Majlis Perasmian dan Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sabri bin Yudin, Naib Presiden 2 HALUAN.

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri