KMK Selatan Dedah Kemahiran Kepimpinan

By | May 14, 2012 at 3:07 pm | 395 views | No comments | KeARAH Wilayah Selatan

ULU TIRAM , 1 Disember – Program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berlangsung dengan jayanya di Tiram Indah Village, Johor. Kem tiga hari dua malam ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari 110 orang peserta yang hadir. Dengan bertemakan ‘Kami Hadir Sebagai Pemimpin’, kem ini dipenuhi dengan modul-modul yang memberi kemahiran kepimpinan kepada para peserta.

Sebanyak enam modul kemahiran kepimpinan diketengahkan dalam kem ini. Antara aktivitinya ialah Tsaqafah, Khuruj, Berani-Bicara Dai’e, Membuat Keputusan Yang Tepat, Bijak Berhujah dan Risalah Kami. Dan akhirnya modul Resolusi Kepimpinan menjadi penutup kepada enam modul kepimpinan tersebut.

Pada hari pertama kem, modul Ice Breaking dan Grouping telah berjaya dijalankan. Ini diikuti dengan modul pertama kepimpinan iaitu Tsaqafah-Tayangan Video Palestin yang mana para peserta didedahkan dengan isu-isu semasa yang menyentuh umat Islam semasa. Kehadiran penceramah yang berpengalaman dan berkaliber menambah ceriakan suasana kem yang dingin. Tumpuan kepada kepimpinan amat di titik beratkan bagi menangani masalah umat Islam semasa.

Pada hari kedua, para peserta keluar dari kawasan kem untuk bertemu dengan masyarakat di perkampungan Sungai Tiram. Sebagai impak dari modul itu, para peserta telah berjaya melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, menebas lalang dan pelbagai aktiviti lagi bersama dengan masyarakat kampung. Pada malamnya, modul kelima iaitu Bijak Berhujah telah membuka bakat-bakat terpendam para peserta yang memerlukan mereka memberikan dan mempertahankan hujah.

Akhirnya, pada hari ketiga kem, modul Kreatif dan Produktif – Risalah Kami menjadi penutup kepada semua modul-modul yang telah mereka lalui dua hari sebelumnya. Modul ini memberi ruang kepada para peserta untuk meluah rasa, memberi cadangan dan kritikan terhadap program KMK sepanjang para peserta berada di kem tersebut. Respon dari modul terakhir ini adalah tidak dijangka, apabila ada peserta yang membuat risalah dengan sangat kreatif dan produktif yang membuatkan sebahagian fasilitator kagum dan bangga. Seusai semua modul dijalankan, ucapan penutup oleh wakil HALUAN Johor telah menutup tirai program KMK ke-10 ini. Ramai ibubapa mengharapkan program KMK akan terus dijalankan bagi melahirkan ramai lagi anak-anak yang mendapat pendedahan kepada usaha dakwah Islam.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri