Kenali Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah Bahagian 2

By | November 26, 2012 at 10:44 pm | 1,064 views | No comments | Artikel Bacaan, Tokoh dan Biografi

Ujian Yang Dihadapi 

Adalah wajar jika orang ‘Alim ini, seorang yang berada di luar garis taqlid turun temurun dan menjadi penentang segenap bid’ah yang telah mengakar, mengalami tentangan seperti banyak dihadapi oleh orang-orang semisalnya, menghadapi suara-suara sumbang terhadap pendapat-pendapat barunya.
Orang-orang pun terbahagi menjadi dua kelompok: keompok yang fanatik kepadanya dan kelompok lainnya berlawanan. Oleh karena itu, beliau menghadapi pelbagai jenis siksaan. Beliau seringkali mengalami gangguan. Pernah dipenjarakan bersama Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah secara terpisah-pisah di penjara al-Qal’ah dan baru dibebaskan setelah Ibnu Taimiyah wafat.
Hal itu adalah disebabkan karena beliau menentang adanya anjuran agar orang pergi berziarah ke kuburan para wali. Akibatnya beliau ditangkap, dihina dan diarak berkeliling di atas seekor unta sambil didera dengan cambuk.
Pada saat di penjara, beliau menyibukkan diri dengan membaca al-Qur’an, tadabbur dan tafakkur. Sebagai hasilnya, Allah membukakan banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan baginya. Di samping ujian di atas, ada juga tentangan yang dihadapi dari para qadhi karena beliau berfatwa tentang bolehnya perlumbaan kuda asalkan tanpa taruhan. Sungguhpun demikian Ibnu Qayyim rahimahullah tetap teguh menghadapi semua tentangan itu dan akhirnya menang. Hal demikian disebabkan oleh kekuatan iman, tekad serta kesabaran beliau. Semoga Allah melimpahkan pahala atasnya, mengampuninya dan mengampuni kedua orang tuanya serta segenap kaum muslimin.

Pujian Ulama Terhadapnya

Sungguh Ibnu Qayyim rahimahullah mendapatkan kasih sayang dari guru-guru mahupun muridnya. Beliau adalah orang yang teramat dekat dengan hati manusia, amat dikenali, sangat cinta pada kebaikan dan senang pada nasihat. Siapa pun yang mengenalinya tentu akan mengenangnya sepanjang masa dan akan menyatakan kata-kata pujian bagi beliau. Para Ulama pun telah memberikan kesaksian akan keilmuan, kewara’an, ketinggian martabat serta keluasan wawasannya.
Ibnu Hajar pernah berkata mengenai peribadi beliau, “Dia adalah seorang yang berjiwa pemberani, luas pengetahuannya, faham akan perbezaan pendapat dan madzhab-madzhab salaf.”
Di sisi lain, Ibnu Katsir mengatakan, “Beliau seorang yang bacaan Al-Qur’an serta akhlaqnya bagus, banyak kasih sayangnya, tidak iri, dengki, menyakiti atau mencaci seseorang. Cara solatnya panjang sekali, beliau panjangkan ruku’ serta sujudnya hingga banyak di antara para sahabatnya yang terkadang mencelanya, namun beliau rahimahullah tetap tidak bergerak.”
Ibnu Katsir berkata lagi, “Beliau rahimahullah lebih didominasi oleh kebaikan dan akhlak soleh. Jika telah selesai solat Subuh, beliau masih akan tetap duduk di tempatnya untuk dzikrullah hingga sinar matahari pagi makin meninggi. Beliau pernah mengatakan, ‘Inilah acara rutin pagi buatku, jika aku tidak mengerjakannya nicaya kekuatanku akan runtuh.’ Beliau juga pernah mengatakan, ‘Dengan kesabaran dan perasaan tanpa beban, maka akan dapat kedudukan imamah dalam hal din (agama).’”
Ibnu Rajab pernah menukil dari adz-Dzahabi dalam kitabnya al-Mukhtashar, bahwa adz-Dzahabi mengatakan, “Beliau mendalami masalah hadits dan matan-matannya serta melakukan penelitian terhadap rijalul hadits (para perawi hadits). Beliau juga sibuk mendalami masalah fiqih dengan ketetapan-ketetapannya yang baik, mendalami nahwu dan masalah-masalah Usul.”

Tsaqafahnya

Ibnu Qayyim rahimahullah merupakan seorang peneliti ulung yang ‘Alim dan bersungguh-sungguh. Beliau mengambil semua ilmu dan mengunyah segala tsaqafah yang sedang jaya-jayanya pada masa itu di negeri Syam dan Mesir.
Beliau telah menyusun kitab-kitab fiqih, kitab-kitab usul, serta kitab-kitab sirah dan tarikh. Jumlah tulisannya tiada terhitung banyaknya, dan oleh itu, keseluruhan kitab-kitabnya memiliki ilmu yang tinggi. Justeru, Ibnu Qayyim pantas disebut kamus segala pengetahuan ilmiah yang agung.

Karya-karyanya

Ibnu Qayyim benar-benar merupakan kamus berjalan, terkenal sebagai orang yang mempunyai prinsip dan beliau ingin agar prinsipnya itu dapat tersebar luas. Beliau bekerja keras demi pembelaannya terhadap Islam dan kaum muslimin. Buku-buku karangannya banyak sekali, baik yang berukuran besar mahupun berukuran kecil. Beliau telah menulis banyak hal dengan tulisan tangannya yang indah. Beliau mampu menguasai kitab-kitab salaf maupun khalaf, sementara orang lain hanya mampu menguasai seper sepuluhnya. Beliau teramat senang mengumpulkan pelbagai kitab. Oleh sebab itu, Imam Ibnu Qayyim dikira sebagai seorang yang telah mewariskan banyak kitab-kitab yang berperanan dalam pelbagai cabang ilmu bagi perpustakaan-perpustakaan Islam dengan gaya bahasa yang khas, ilmiah lagi meyakinkan dan sekaligus mengandungi kedalaman pemikirannya dilengkapi dengan gaya bahasa yang menarik.

Beberapa Karyanya
1. Tahdzib Sunan Abi Daud,
2. I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabbil ‘Alamin,
3. Ighatsatul Lahfan fi Hukmi Thalaqil Ghadlban,
4. Ighatsatul Lahfan fi Masha`id asy-Syaithan,
5. Bada I’ul Fawa’id,
6. Amtsalul Qur’an,
7. Buthlanul Kimiya’ min Arba’ina wajhan,
8. Bayan ad-Dalil ’ala istighna’il Musabaqah ‘an at-Tahlil,
9. At-Tibyan fi Aqsamil Qur’an,
10. At-Tahrir fi maa yahillu wa yahrum minal haris,
11. Safrul Hijratain wa babus Sa’adatain,
12. Madarijus Salikin baina manazil Iyyaka na’budu wa Iyyaka nasta’in, dan lain-lain

Wafatnya

Ibnu Qayyim meninggal dunia pada waktu Isya’ tanggal 13 Rajab 751 H. Beliau disolatkan di Masjid Jami’ Al-Umawi dan setelah itu di Masjid Jami’ Jarrah; kemudian dikuburkan di Pekuburan Babush Shagir.

Antara pelajaran yang dapat kita ambil dari kisah hidup beliau:
-Jadilah Alim Mujahid
-Bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu tanpa mengabaikan doa kerana doa meupakan senjata bagi orang mukmin
-Berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah
– Berdakwah mengajak orang supaya kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w yang shahih, berpegang kepada keduanya, memahami keduanya sesuai dengan apa yang telah difahami oleh as-Salafus ash-Shalih, membuang apa-apa yang berselisih dengan keduanya, serta memperbaharui segala petunjuk ad-Din yang pernah dipalajarinya secara benar dan membersihkannya dari segenap bid’ah yang diada-adakan oleh kaum Ahlul Bid’ah berupa manhaj-manhaj kotor sebagai cetusan dari hawa-hawa nafsu mereka


Sumber :

(via facebook Biografi Ulama Ahlus Sunnah)
– Al-Bidayah wan Nihayah libni Katsir,
– Muqaddimah Zaadil Ma’ad fi Hadyi Khairil Ibad, Tahqiq: Syu’ab wa Abdul Qadir al-Arna`uth,
– Muqaddimah I’lamil Muwaqqi’in ‘an Rabbil ‘alamin; Thaha Abdur Ra’uf Sa’d,
– Al-Badrut Thali’ Bi Mahasini ma Ba’dal Qarnis Sabi’ karya Imam asy-Syaukani,
– Syadzaratudz dzahab karya Ibn Imad,
– Ad-Durar al-Kaminah karya Ibn Hajar al-‘Asqalani,
– Dzail Thabaqat al-Hanabilah karya Ibn Rajab Al Hanbali,
– Al Wafi bil Wafiyat li Ash Shafadi,
– Bughyatul Wu’at karya Suyuthi,
– Jala’ul ‘Ainain fi Muhakamah al-Ahmadin karya al-Alusi.
http://kisahislam.net/2011/09/23/imam-ibnul-qoyyim-al-jauziyyah/

Disediakan : 
Ijlal Mohd Diah
ISM Sains(Matematik) dengan Pendidikan, UPSI

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri