Kenali Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah Bahagian 1

By | November 25, 2012 at 4:27 pm | 747 views | No comments | Artikel Bacaan, Tokoh dan Biografi

Nama sebenarnya adalah Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’ad bin Huraiz az-Zar’i, kemudian ad-Dimasyqi. Dikenal dengan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah nisbat kepada sebuah madrasah yang dibentuk oleh Muhyiddin Abu al-Mahasin Yusuf bin Abdil Rahman bin Ali al-Jauzi yang wafat pada tahun 656 H. Hal ini adalah kerana ayah Ibnu Qayyim adalah tonggak bagi madrasah itu. Ibnu Qayyim dilahirkan di tengah keluarga berilmu dan terhormat pada tanggal 7 Shaffar 691 H di perkampungan Zara’ dari perkampungan Hauran, sebelah tenggara Dimasyq (Damaskus).

Ilmu itu banyak dan terus mengalir 

Pertumbuhan Dan Thalabul Ilminya

Ibnu Qayyim mempelajari ilmu faraid daripada bapanya karena beliau sangat menonjol dalam ilmu tersebut. Beliau mempelajari bahasa Arab daripada Ibnu Abi al-Fath al-Baththiy dengan membaca kitab-kitab: (al-Mulakhkhas li Abil Balqa’, kemudian kitab al-Jurjaniyah, kemudian Alfiyah Ibnu Malik, juga sebagian besar Kitab al-kafiyah was Syafiyah dan sebagian at-Tas-hil). Di samping itu Ibnu Qayyim juga turut belajar daripada Syaikh Majduddin at-Tunisi satu bahagian dari kitab al-Muqarrib li Ibni Ushfur.
Selain itu juga, beliau turut mempelajari ilmu Usul daripada Syaikh Shafiyuddin al-Hindi, ilmu Fiqih daripada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syaikh Isma’il bin Muhammad al-Harraniy.
Beliau merupakan seorang yang sangat faqih dalam hal ilmu melampaui rakan-rakannya, masyhur di segenap penjuru dunia dan amat dalam pengetahuannya tentang madzhab-madzhab Salaf.
Pada akhirnya, beliau benar-benar bermulazamah secara total (berguru secara intensif) kepada Ibnu Taimiyah sesudah kembalinya Ibnu Taimiyah dari Mesir pada tahun 712 H hingga wafatnya pada tahun 728 H.
Ketika itu, usia Ibnu Qayyim masih lagi muda. Oleh karena itu, beliau benar-benar menggunakan peluang yang ada untuk meneguk sumber mata ilmu yang luas. Beliau mendengar pendapat-pendapat Ibnu Taimiyah yang penuh kematangan dan tepat. Oleh karena itulah Ibnu Qayyim amat mencintainya, sampai-sampai beliau mengambil kebanyakan ijtihad-ijtihadnya dan memberikan pembelaan atasnya. Ibnu Qayyim yang menyebarluaskan ilmu Ibnu Taimiyah dengan cara menyusun karya-karyanya yang bagus dan dapat diterima.
Ibnu Qayyim pernah dipenjara, dihina dan diarak berkeliling bersama Ibnu Taimiyah sambil didera dengan cambuk di atas seekor unta. Setelah Ibnu Taimiyah wafat, Ibnu Qayyim pun dilepaskan dari penjara.
Sebagai hasil dari mulazamahnya (bergurunya secara intensif) kepada Ibnu Taimiyah, beliau dapat mengambil banyak faedah besar. Antaranya yang penting ialah berdakwah mengajak orang supaya kembali kepada kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w yang shahih, berpegang kepada keduanya, memahami keduanya sesuai dengan apa yang telah difahami oleh as-Salafus ash-Shalih, membuang apa-apa yang berselisih dengan keduanya, serta memperbaharui segala petunjuk ad-Din yang pernah dipalajarinya secara benar dan membersihkannya dari segenap bid’ah yang diada-adakan oleh kaum Ahlul Bid’ah berupa manhaj-manhaj kotor sebagai cetusan dari hawa-hawa nafsu mereka yang sudah mulai berkembang sejak abad-abad sebelumnya, yakni: Abad kemunduran, abad jumud dan taqlid buta.
Ibnu Qayyim rahimahullah telah berjuang untuk mencari ilmu serta bermulazamah bersama para Ulama agar dapat memperoleh ilmu mereka dan supaya dapat menguasai pelbagai bidang ilmu Islam.
Penguasaannya terhadap Ilmu Tafsir tiada bandingnya. Pemahamannya terhadap Ushuluddin mencapai puncaknya dan pengetahuannya mengenai hadits, makna hadits, pemahaman serta istinbath-istinbath rumitnya, sulit ditemukan tandingannya.

Semuanya itu menunjukkan bahwa beliau rahimahullah amat teguh berpegang pada prinsip, yakni bahwa
“Baiknya perkara kaum Muslimin tidak akan pernah terwujud jika tidak kembali kepada madzhab as-Salafus ash-Shalih yang telah meneguk ushuluddin dan syari’ah dari sumbernya yang jernih yaitu Kitabullah al-‘Aziz serta sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam asy-syarifah”.

Oleh karena itu, beliau berpegang pada (prinsip) ijtihad serta menjauhi taqlid. Beliau ambil istinbath hukum berdasarkan petunjuk al-Qur’anul Karim, Sunnah Nabawiyah syarifah, fatwa-fatwa shahih para shahabat serta apa-apa yang telah disepakati oleh ahlu ats tsiqah (ulama terpercaya) dan A’immatul Fiqhi (para imam fiqih).
Dengan kemerdekaan fikrah dan gaya bahasa yang logik, beliau menetapkan bahawa setiap apa yang dibawa oleh Syari’ah Islam, pasti seiring dengan akal dan bertujuan bagi kebaikan serta kebahagiaan manusia di dunia maupun di akhirat.
Beliau rahimahullah benar-benar menyibukkan dirinya dengan ilmu dan telah benar-benar mahir dalam pelbagai disiplin ilmu. Namun demikian, beliau tetap terus mencari ilmu, siang maupun malam dan terus banyak berdoa.

Mendakilah untuk mengutip ilmu

Murid-muridnya

Ibnu Qayyim benar-benar telah menyediakan dirinya untuk mengajar, memberi fatwa, berdakwah dan melayani dialog. Oleh kerana itu, banyak manusia-manusia pilihan dari kalangan para pemerhati yang menempatkan ilmu sebagai puncak perhatiannya, telah benar-benar menjadi murid beliau. Mereka itu adalah para ulama terbaik yang telah terbukti keutamaannya. Antaranya ialah anak beliau sendiri bernama Syarafuddin Abdullah, anaknya yang lain bernama Ibrahim, kemudian Ibnu Katsir ad-Dimasyqiy penyusun kitab al-Bidayah wan Nihayah, al-Imam al-Hafizh Abdurrahman bin Rajab al-Hambali al-Baghdadi penyusun kitab Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abdil Hadi al-Maqdisi, Syamsuddin Muhammad bin Abdil Qadir an-Nablisiy, Ibnu Abdirrahman an-Nablisiy, Muhammad bin Ahmad bin Utsman bin Qaimaz adz-Dzhahabi at-Turkumaniy asy-Syafi’i, Ali bin Abdil Kafi bin Ali bin Taman As Subky, Taqiyussssddin Abu ath-Thahir al-Fairuz asy-Syafi’i dan lain-lain.

Aqidah Dan Manhajnya

Aqidah Ibnu Qayyim begitu jernih, tanpa ternodai oleh sedikit kotoran apapun. Hal ini terbukti ketika beliau hendak membuktikan kebenaran wujudnya Allah Ta’ala, beliau ikuti manhaj al-Qur’anul Karim sebagai manhaj fitrah, manhaj perasaan yang salim dan sebagai cara pandang yang benar. Beliau –rahimahullah- sama sekali tidak mempergunakan teori-teori ahli falsafah.
Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan,
“Perhatikanlah keadaan alam seluruhnya baik alam bawah mahupun alam atas dengan segala bahagian-bahagaiannya, niscaya anda akan temui semua itu memberikan kesaksian tentang adanya Sang Pembuat, Sang Pencipta dan Sang Pemiliknya. Mengingkari adanya Pencipta yang telah diakui oleh akal dan fitrah bererti mengingkari ilmu, tiada beza antara keduanya. Bahawa telah dimaklumi adanya Rabb Ta’ala lebih gamblang bagi akal dan fitrah dibandingkan dengan adanya siang hari. Maka barangsiapa yang akal serta fitrahnya tidak mampu melihat hal demikian, bererti akal dan fitrahnya perlu dipertanyakan.”
Hadirnya Imam Ibnu Qayyim benar-benar tepat ketika zaman sedang dilanda krisis internal berupa kegoncangan dan kekacauan (pemikiran Umat Islam–Pent.) di samping adanya kekacauan dari luar yang mengancam hancurnya Daulah Islamiyah. Maka wajarlah jika anda melihat Ibnu Qayyim ketika itu memerintahkan agar membuang perpecahan sejauh-jauhnya dan menyeru agar umat berpegang kepada Kitabullah Ta’ala serta Sunnah Rasul-Nya s.a.w.
Manhaj serta hadaf Ibnu Qayyim rahimahullah ialah kembali kepada sumber-sumber dinul Islam yang suci dan murni, tidak terkotori oleh ra’yu-ra’yu (pendapat-pendapat) Ahlul Ahwa’ wal bida’ (Ahli Bid’ah) serta helah-helah (tipu daya) orang-orang yang suka mempermainkan agama.Di samping itu, Ibnu Qayyim juga mengumandangkan bathilnya madzhab taqlid.
Biarpun beliau adalah pengikut madzhab Hanbali, namun beliau sering keluar dari pendapatnya kaum Hanabilah dengan mencetuskan pendapat baru setelah melakukan kajian tentang perbandingan madzhab-madzhab yang masyhur.
Mengenai pernyataan beberapa orang bahawa Ibnu Qayyim telah dikuasai taqlid terhadap imam madzhab yang empat, maka kita memberi jawapan sebagai berikut: Sesungguhnya Ibnu Qayyim rahimahullah amat terlalu jauh dari sikap taqlid. Betapa sering beliau menyelisihi madzhab Hanbali dalam banyak hal, sebaliknya betapa sering beliau bersepakat dengan berbagai pendapat dari madzhab-madzhab yang bermacam-macam dalam berbagai persoalan lainnya.
Memang prinsip beliau adalah ijtihad dan membuang sikap taqlid. Beliau rahimahullah sentiasa berjalan bersama al-Haq di mana pun berada, ittijah (cara pandang)-nya dalam hal tasyari’ adalah al-Qur’an, sunnah serta amalan-amalan para sahabat diiringi dengan ketetapannya dalam berpendapat manakala melakukan suatu penelitian dan manakala sedang berhujah.
Di antara da’wahnya yang paling menonjol adalah da’wah menuju keterbukaan berfikir. Sedangkan manhajnya dalam masalah fiqih ialah mengangkat kedudukan nash-nash yang memberi petunjuk atas adanya sesuatu peristiwa, namun peristiwa itu sendiri sebelumnya belum pernah terjadi.
Adapun cara pengambilan istinbath hukum, beliau berpegang kepada al-Kitab, as-Sunnah, Ijma’ Fatwa-fatwa shahabat, Qiyas, Istish-habul Ashli (menyandarkan persoalan cabang pada yang asli), al-Mashalih al-Mursalah, Saddu adz-Dzari’ah (tindak preventif) dan al-‘Urf (kebiasaan yang telah diakui baik).

 

Sumber :
(via facebook Biografi Ulama Ahlus Sunnah)
– Al-Bidayah wan Nihayah libni Katsir,
– Muqaddimah Zaadil Ma’ad fi Hadyi Khairil Ibad, Tahqiq: Syu’ab wa Abdul Qadir al-Arna`uth,
– Muqaddimah I’lamil Muwaqqi’in ‘an Rabbil ‘alamin; Thaha Abdur Ra’uf Sa’d,
– Al-Badrut Thali’ Bi Mahasini ma Ba’dal Qarnis Sabi’ karya Imam asy-Syaukani,
– Syadzaratudz dzahab karya Ibn Imad,
– Ad-Durar al-Kaminah karya Ibn Hajar al-‘Asqalani,
– Dzail Thabaqat al-Hanabilah karya Ibn Rajab Al Hanbali,
– Al Wafi bil Wafiyat li Ash Shafadi,
– Bughyatul Wu’at karya Suyuthi,
– Jala’ul ‘Ainain fi Muhakamah al-Ahmadin karya al-Alusi.
http://kisahislam.net/2011/09/23/imam-ibnul-qoyyim-al-jauziyyah/

Disediakan : 
Ijlal Mohd Diah
ISM Sains(Matematik) dengan Pendidikan, UPSI

About the Author

faiz

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri