Kem Minda Kreatif Kembali Seluruh Malaysia!

By | November 10, 2014 at 2:31 pm | 975 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Nasional, Remaja dan Mahasiswa

Bangi , 10 November – Kelab Remaja HALUAN Malaysia (KeARAH) Nasional akan menganjurkan Kem Minda Kreatif 2014 (KMK2014) di seluruh negara sempena cuti persekolahan akhir tahun 2014. KMK2014 dianjurkan mengikut negeri – negeri seluruh Malaysia. Antara negeri yang mengambil bahagian ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur), Johor,Terengganu dan Kelantan.

Tema KMK2014 pada tahun ini ialah “Remaja Rabbani , Impian Syurga ”. Koordinator Pusat KMK2014, En.Ghazali Saad dipetik sebagai berkata, “KMK 2014 bermatlamatkan untuk menerapkan kefahaman hakikat kehidupan dan keimanan , mengukuhkan ibadah solat & bacaan Al-Quran , membina kesedaran akhlak bersama ibu bapa , mengembangkan sisi kreativiti para peserta serta membina ukhwah dalam kalangan peserta bersama penggerak kem sepanjang masa”.

Penyertaan KMK2014 ini dibuka kepada semua remaja sekolah menengah. Pastinya KMK2014 yang hamper 12 tahun diadakan ini lebih menarik kerana menampilkan pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan akal serta mempertingkatkan rohani peserta.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KeARAH ( http://kearah.haluan.org.my/v2/ ) atau laman komuniti Facebook KeARAH
( Kelab RemajaHALUAN ). 

KMK Perlis


KMK Kedah

KMK Penang


KMK Perak


KMK Wilayah Tengah

KMK Johor


KMK Kelantan

KMK Terengganu

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri