Kem KAHFI Wilayah Tengah 2013 Bertemakan Survival

By | June 10, 2013 at 4:29 pm | 765 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Tengah

Program KAHFI telah diadakan pada tarikh 26-28 Mei 2013 di Taman Perhutanan Negeri Selangor, Ulu Yam. Peserta yang menyertai kem ini berjumlah 56 orang dari seluruh Wilayah Tengah, dibahagikan kepada 5 kumpulan perempuan dan 3 kumpulan lelaki, telah dibimbing dan di uruskan oleh urusetia dan fasilitator dari Haluan Siswa seramai 17 perempuan dan 14 lelaki.

Pendaftaran dimulakan pada pagi 26 Mei 2013 hari Ahad pada jam 11.30am. Selepas urusan pendaftaran selesai, para peserta diminta untuk berkumpul di dewan terbuka menunaikan solat zuhur berjemaah dan makan tengahari seterusnya bagi mendengar sesi taklimat dan perasmian oleh komandan kem, saudara Adib Suhor. Usai perasmian, peserta dikerahkan ke tanah lapang bagi sesi ice-breaking dan team building. Sesi ini dikendalikan oleh para fasilitator bertugas. Setelah solat asar berjemaah, slot Perkhemahan dikendalikan oleh ketua jurulatih rekreasi saudara Shahrul Anwar, bagi memberi ilmu perkemahan yang betul. Peserta seterusnya dikehendaki untuk mempersiapkan diri, mandi sungai dan makan malam sebelum solat maghrib.

Ice Breaking

Usai solat maghrib berjemaah, para peserta membaca al-Ma’thurat dan mendengar tazkirah ringkas sementara menunggu masuk waktu isya’. Slot pertama bertajuk slot “Islam is the way of life” telah disampaikan secara selari oleh En. Mohd Nasaruddin, En. Sabaruddin dan En. Hasri. Slot ini di sampaikan secara santai di pinggir kawasan perkemahan. Para peserta dikehendaki untuk minum malam sebelum menghadiri slot “Keselamatan dan persekitaran” seterusnya mengakhiri acara pada hari tersebut. Peserta diarahkan untuk tidur dalam kumpulan masing-masing di dalam khemah-khemah yang telah disediakan dan bersedia untuk memulakan tugas berjaga malam secara bergilir-gilir.

Pada hari Isnin, 27 Mei 2013, acara telah dimulakan seawal jam 5.30 pagi. Para peserta dan fasilitator dikehendaki untuk bangun qiyamullail dan solat subuh berjemaah di dewan. Tazkirah kultum telah disampaikan oleh En. Sabaruddin. Selepas itu, para peserta dibekalkan dengan beberapa jenis bahan mentah untuk aktiviti memasak dan bersarapan pagi secara berkumpulan sebelum memulakan perjalanan Kembara pada pagi itu. Usai taklimat dan persiapan kembara oleh peserta dan fasilitator, perjalanan dimulakan dan diketuai oleh saudara Shahrul Anwar. Perjalanan melalui kawasan hutan tebal, berbukit dan licin menguji kekuatan fizikal, mental dan kerjasama para peserta.

Checkpint Kembara Survival

Sepanjang perjalanan kembara, para peserta disajikan dengan ilmu-ilmu perkhemahan dan survival oleh En. Sabaruddin dan Shahrul. Bagi checkpoint di sungai, pesera ditugaskan untuk memasak makan tengahari dan para fasilitator kumpulan dikehendaki untuk mengendalikan sesi amali Thoharah secara berkumpulan sebelum solat zuhur. Antara perkara yang disampaikan adalah mengenai pembahagian air, pembahagian najis, tayammum, wudhu’ dan istinjak.

Pulang dari kembara, para peserta solat asar berjemaah dan mengikuti slot “Tarbiyah Dzatiyah” yang dikendalikan oleh En. Mohd Nasaruddin. Aktiviti sajian hutan menyusul dimana masakan untuk makan malam dipertandingkan dari segi rasa, kekemasan, hiasan dan kerjasama. Tanpa disangka kumpulan lelaki dapat menunjukkan masakan yang mengiyurkan para juri. Selepas solat isya’ berjemaah, para peserta dibawa kepada slot “Perbincangan Khidmat Masyarakat” yang dikendalikan oleh komandan kem. Aktiviti night walk membelah kegelapan hutan dan di bawah jirusan hujan telah diadakan pada malam sebagai aktiviti penutup untuk hari itu.

Taklimat Kembara Survival

Pada hari yang berikutnya, 28 Mei 2013, akitiviti khidmat masyarakat dimulakan seawal 8.30 pagi di perkampungan orang asli Kampung Sungai Batu. Dalam taklimat Tok Batin Mat Deni, penduduk kampong terdiri dari 23 keluarga, dimana 18 darinya telah memeluk Islam. Peserta di bagi kepada tiga kumpulan; sukanika, ziarah rumah kerumah dan membersih surau dan tadika. Masyarakat orang asli terutama kanak-kanak amat gembira dan mesra bersama para peserta KAHFI. Aktiviti berakhir pada pukul 11.00 pagi dan para peserta diminta untuk pulang ke tapak kem bagi aktiviti gotong royong, mengemas barangan masing-masing, persiapan diri dan makan tengahari. Selepas solat zuhur berjemaah, peserta diberi masa untuk slot “Sharing moment” yang mana melibatkan fasilitator dan peserta itu sendiri. Majis penutup dan penyerahan sijil dan hadiah diadakan pada jam 2.30 petang dan para peserta mula bersurai tepat jam 3.30 petang yang disertai dengan sesi fotografi.

Sesi penyampaian hadiah

Warga perempuan KAHFI

Warga lelaki KAHFI

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri