Kehidupan Ini

By | September 28, 2012 at 3:25 pm | 2,405 views | No comments | Artikel Bacaan, Isu Semasa

” Hari yang redup bukan pastinya kan hujan. Duka dan derita bukan pastinya kan sengsara. Manusia diberi kudrat oleh Allah untuk menentukan hidupnya. Manusia dikurniakan daya oleh Allah untuk membina masa hadapannya. Dengan bekalan doa dan keberkatan tawakkal  yang diadun dengan kayuhan langkah manusia bisa sampai ke puncak yang tinggi atau tiba ke pulau harapan setelah meredah hujan ribut dan ombak gelora.” 

” Semalam manusia berangan-angan. Hari ini angan-angannya menjadi realiti. Setiap jalan ada duri atau krikil tapi usah jadikannya sebagai penghalang. Pandang ke hadapan, cari kaedah yang sesuai untuk menempuhinya, maju dengan yakin dan berkesungguhan serta iringkan doa dan harapan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.”

” Ketika memulakan perjalanan, persiapan yang rapi adalah sangat penting. Bekalan dan peta perjalanan perlu ada dalam genggaman. Dalam perjalanan kehidupan yang panjang, peta kehidupan serta bekalan perjalanan ruhi dan jasadi perlu ada dalam folder kehidupan agar mudah diakses ketika melayari ruang maya dan alam nyata.”
“Sediakanlah segala logistik yang diperlukan, sesungguhnya logistik yang terbaik adalah logistik Taqwa” (Al-Baqarah: 197)

 

Nukilan:
Bakti Budiman.
Photo:
Umar Mita (http://www.umarmita.com)

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri