Kecapi Nikmat Bahagia

By | March 27, 2014 at 10:54 pm | 460 views | No comments | Artikel Bacaan, Pembangunan Modal Insan

Suatu hari, datang seorang hamba wanita yang berkulit gelap, bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Hamba tersebut membuat aduan bahawa majikannya memberi kerja yang terlalu banyak. Dengan segera Baginda menjawab, “ambillah tanganku, bawalah aku ke jalan mana pon, arahlah aku untuk membantumu, dan aku pasti akan membantumu”.

Penulis merasa yakin, melalui sifat inilah Islam menjadi semakin mudah tersebar. Atau setidaknya, manusia boleh menumpang kebahagiaan bersama Islam.
Ketika di zaman Rasulullah, tidak ada taraf yang lebih rendah daripada seorang hamba, dan dia seorang wanita, kemudiannya berkulit gelap. Namun lihatlah betapa pengasihnya Rasulullah, sebagai Rahmatan lil ‘Alamin.
Dan marilah kita sama-sama berfikir sejenak, sekiranya semua umat Islam bersifat dengan akhlak Baginda, sudah pasti Islam akan kembali megah di pentas dunia.
Islam itu mudah. Dan ianya memudahkan orang lain. Sebagai muslim yang sejati, dia akan sentiasa memudahkan orang lain. Dengan kata lain, memberi manfaat kepada seluruh manusia.
Penulis mengajak pembaca, untuk sama-sama kita berusaha menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain. Sebelum melangkah dengan akhlak yang besar, boleh saja kita mula dengan langkahan kecil-kecil.

Hari ini giliran siapa buang sampah?
Soalan yang biasa kita dengar semasa sekolah dahulu. Hari ini, mari kita betulkan sedikit minda kita, agar bersih dari pemikiran tunding jari ke arah kawan.
Dalam kesibukan mencari giliran siapa, apa kata kita sendiri yang terus buang sampah itu. Dengan hati yang puas, kita telah berjaya memberi manfaat pada rakan sekelas.
Penulis selalu menasihati anak murid di sekolah, kebahagiaan itu tidak selalu datang dengan menerima, namun, kita pasti bahagia dengan memberi. Jika kita set minda, bahagia bila mampu memberi, maka setiap kali kita memberi, kita akan bahagia.


Aku pasti membantumu.
Inilah satu akhlak yang menjadi sumber kekuatan dan perpaduan sesuatu kaum. Dan inilah akhlak yang membawa kepada keharmonian. Tidak kira di mana pon. Di kelas, tempat kerja, atau pon di rumah sendiri.
Penulis mengajak semua pembaca dan diri penulis sendiri, agar sama-sama kita menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain.

 

Nukilan :
Muhammad Ikhwan Bin Mahadzir
Guru,
Sekolah Rendah Ummi ( SERU ) , Alor Setar , Kedah.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri