KeARAH Sabah Membina Remaja PERKASA

By | September 9, 2014 at 11:53 am | 472 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak, Pembangunan Modal Insan

Program Memperkasa Jatidiri Remaja (PERKASA) merupakan satu platform untuk pelajar-pelajar khususnya tingkatan empat meningkatkan prestasi diri dari sudut jati diri, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir dan kecemerlangan. Ini bertepatan dengan aspirasi murid yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Program ini dirangka bertujuan untuk melatih dan menggilap potensi kecemerlangan, potensi kepimpinan, potensi pemikiran dan dalam masa yang sama sahsiah mereka adalah terpuji.

Program ini penting bagi membantu melahirkan pelajar minda kelas pertama baik dari sudut akademik mahupun jatidiri, sahsiah dan kepimpinan. Selain itu, program ini juga membimbing para pelajar untuk tampil berani dalam memberi sumbangan terhadap masyarakat suatu hari kelak. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak dengan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) menganjurkan Program “ Memperkasa Jatidiri Remaja (PERKASA)” untuk melahirkan dan membentuk jatidiri yang unggul dan dalam masa yang sama melahirkan pelajar yang bermotivasi dan cemerlang.
Program Memperkasa Jatidiri Remaja (PERKASA) ini bermatlamatkan bagi melahirkan insan yang mampu cemerlang dalam akademik, mempunyai jatidiri terpuji dan mencungkil bakat kepimpinan serta semangat kesukarelawanan.

Program yang bertemakan “ Membina Generasi Cemerlang, Terpuji dan Berkepimpinan”  ini bertujuan untuk membina dan mengembangkan jati diri, sifat kepimpinan, daya berfikir dan sahsiah terpuji di kalangan pelajar , membentuk pelajar yang bermotivasi untuk menjadi pelajar cemerlang serta melahirkan pelajar yang mempunyai sikap kesukarelawanan yang tinggi.

 

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam pada 29-31 Ogos 2014 ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar tingkatan empat, mereka sanggup mengorbankan masa cuti mereka semata-mata untuk mengikuti program (PERKASA) ini. Program Memperkasa Jati Diri Remaja (PERKASA) ini julung kali diadakan oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kunak. Pada program ini, peserta yang hadir mengikuti program ini seramai 102 orang, masing-masing terdiri daripada 36 orang lelaki dan 66 orang perempuan dan terdiri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Sekolah Menengah Kebangsaan Madai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya.
Sehubungan itu, seramai 25 orang fasilitator dan urusetia yang turut sama membantu menjayakan program Memperkasa Jati Diri Remaja (PERKASA) tahun ini dan cukup membanggakan kerana fasilitator dan urusetia adalah dalam kalangan alumni KTD, HALUAN Siswa dan ahli KeARAH. Ini merupakan langkah positif kearah melahirkan lebih ramai remaja dan belia yang mempunyai ‘soft skill’ dan kepimpinan untuk disalurkan dan disumbangkan kepada masyarakat.

Majlis ucapan dan perasmian penutupan Program ini telah disempurnakan oleh Puan Ummai Salmah Binti Abd Karim; Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak. Turut hadir Encik Abdul Rahman Bin Beddu; Setiausaha HALUAN Sabah. Encik Jamaludin Hj Lattang; Penyelaras Program (PERKASA). Ust Abu Samah Bin Abu Bakar; Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak. Puan Aidawati Binti Hj Hassin; Setiausaha HALUANITA Sabah.
Diharapkan usaha ini dapat membantu daya kepimpinan pelajar, mengembangkan daya berfikir serta dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai jatidiri, bermotivasi dan bersahsiah.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri