KeARAH Anjur Kem Minda Kreatif di Seluruh Negara

By | May 14, 2012 at 4:10 pm | 488 views | No comments | KeARAH Nasional

Kuala Lumpur, 5 November – Kelab Remaja HALUAN Malaysia (KeARAH) Nasional akan menganjurkan Kem Minda Kreatif 2011 (KMK2011) di seluruh negara sempena cuti persekolahan akhir tahun 2011. KMK2011 dianjurkan mengikut negeri masing-masing. Antara negeri yang mengambil bahagian ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur), Johor, Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Tema KMK2011 pada tahun ini ialah “Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik”. Koordinator Pusat KMK2011, Nu’man Afifi Sa’adan dipetik sebagai berkata, “KMK2011 ini bertujuan membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat, mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya, memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari, melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal serta memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.”

Penyertaan KMK2011 ini dibuka kepada semua remaja sekolah menengah. Pastinya KMK2011 yang hampir sedekad diadakan ini lebih menarik kerana menampilkan pelbagai aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan akal serta mempertingkatkan rohani peserta.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KeARAH (kearah.haluan.org.my) atau laman komuniti Facebook Kem Minda Kreatif (fb.com/kemmindakreatif).

Untuk sila poster-poster promosi KMK negeri anda, sila klik http://on.fb.me/vsOs7R.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri