KASeH Terbang Ke Sabah

By | May 14, 2012 at 4:19 pm | 561 views | No comments | KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Alhamdhulillah, HALUAN Malaysia cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Daerah Kunak telah berjaya menganjurkan Program Kem Anak Soleh (KASEH) pada 10 dan 11 MAC 2012, bertempat di Masjid Al Iman Kampung Datuk Salim Kunak Jaya.

Program yang dijalankan selama dua hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka mengikuti program ini. Pada tahun ini, anggaran peserta yang hadir mengikuti program ini melebihi target yang sebenar, iaitu seramai 70 orang, namun yang mendaftar dan mengikuti program ini adalah sebanyak 109 orang. Masing-masing terdiri daripada 59 orang lelaki dan 50 orang perempuan dan terdiri dari 7 buah sekolah antaranya, Sekolah Kebangsaan Kunak 1, Sekolah Kebangsaan Kunak 2, Sekolah Kebangsaan Pangi Kunak, Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya, Sekolah Kebangsaan Tun Fuad, Sekolah Kebangsaan Giram Kunak dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Fai Seng.

Sesi pendaftaran peserta

Sehubungan itu, seramai 25 orang fasilitator yang turut sama membantu menjayakan program KASEH tahun ini dan cukup membanggakan kerana fasilitator yang terpilih adalah dalam kalangan bekas peserta Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST) dan bekas peserta Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) Sabah. Ini merupakan langkah positif kearah melahirkan lebih ramai remaja yang mempunyai ‘soft skill’ dan kepimpinan untuk disalurkan dan disumbangkan kepada masyarakat.

Pembentangan oleh peserta

Pada majlis ucapan dan perasmian penutupan Kem Anak Soleh ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Samah Bin Abu Bakar iaitu ketua unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Daerah Kunak dan juga dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua HALUAN Sabah Cikgu Lajulliadi Lajahidi. Dalam ucapan perasmian penutupan itu, Pihak Jabatan Pelajaran Daerah Kunak berterima kasih kepada HALUAN Malaysia kerana berjaya mengetengahkan program sebegini kepada masyarakat Daerah Kunak khususnya, dan berharap dapat bekerjasama dengan setiap program yang dijalankan oleh HALUAN Malaysia.

Majlis Penutupan oleh Ust. Abu Samah Bin Abu Bakar

Penyelia Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah Daerah Kunak

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri