KASeH Perak Membawa Adik-Adik Mentadabur Alam Ciptaan Illahi

By | May 14, 2012 at 4:21 pm | 563 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Padang Rengas, Kuala Kangsar –  Seramai 41 orang (19 lelaki dan 22 perempuan) yang telah berjaya menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) 2012 peringkat negeri Perak yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2012.

Kem ini telah dijalankan di Batu Ampar Resort, Padang Rengas dimana penyertaan terbuka kepada pelajar lingkungan umur 9 hingga 12 tahun. Dengan gabungan tenaga antara Kelab Remaja Haluan (KeARAH), HALUANITA dan Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI), kem ini telah diselitkan dengan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran.

Peserta membuat nama Muhammad menggunakan pasir ketika Aktiviti Sungai

Kem Anak Soleh kali ini bertemakan ‘Tadabbur Alam Ciptaan Ilahi’ yang memberi pendekatan tentang penciptaan dan keadaan habitat flora dan fauna melalui beberapa objektif iaitu mencari hikmah di sebalik penciptaan Allah swt serta melihat dan merasai kebesaran Allah semasa di hutan. Peserta juga banyak diberi penekanan tentang kerjasama sesama ahli kumpulan yang secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Antara checkpoint dalam Jejak Indera dimana peserta perlu membau dan meneka kandungan dalam kain tersebut

Antara aktiviti yang menarik ialah Kembara Alam Flora dan Fauna dimana peserta berpeluang untuk merentasi hutan sambil melihat keindahan alam. Dalam aktiviti ini juga diselitkan beberapa checkpoint yang menguji ketajaman minda serta kefahaman peserta. Seterusnya, terdapat aktiviti yang menguji deria bau, sentuh, rasa dan penglihatan peserta yang diberi nama Jejak Indera. Dan aktiviti yang paling digemari oleh peserta iaitu Aktiviti Sungai. Tetapi mereka diberi tugas sebelum mandi untuk membuat beberapa nama dalam bahasa jawi menggunakan pasir, daun dan juga ranting kayu.

Barisan peserta perempuan bersama tenaga kerja KASeH

Majlis penutupan KASeH telah disempurnakan oleh Encik Zul Safaruddin bin Mat, Ketua Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja HALUAN Perak. Beliau mengucapkan tahniah pada peserta kerana berjaya untuk kekal di dalam kem dan berharap agar peserta akan terus menyertai program yang dianjurkan oleh pihak KeARAH. Beliau juga mengucapkan terima kasih pada para fasilitator dan urusetia yang memberi komitmen serta sumbangan tenaga dalam menjayakan kem ini. Kem ditamatkan dengan penyampaian hadiah, sesi fotografi dan majlis makan tengahari.

Barisan peserta lelaki bersama pihak penganjur KASeH

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri