KASeH Perak 2012 Berkampung Bersama Orang Asli

By | December 13, 2012 at 7:32 am | 851 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Utara

POS DIPANG, 25 NOVEMBER 2012 – Kem Anak Soleh (KASEH) negeri Perak telah berlansung pada 23 hingga 25 November di SK Pos Dipang, Kampar, Perak. Program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama Kelab Belia HALUAN Ipoh (KBHI) dan HALUANITA ini berjaya menghimpun seramai 32 orang peserta terdiri daripada 15 orang peserta lelaki dan 17 orang peserta perempuan.

Ziarah Mahabbah

Pada kali ini, KASEH telah memilih “Saya Anak Soleh” sebagai tema program bagi membentuk anak-anak soleh yang menjadi penyejuk mata ibu dan ayah. Tenaga penggerak yang diketuai oleh Cikgu Zul Safaruddin Mat selaku Penasihat KASEH Perak turut sama dijayakan oleh Kem Komandan Mohd Uzair Abd Manaf dan Timbalan Kem Komandan, Halimatun Saadiah Harun serta barisan fasilitator dan urusetia kem. Antara objektif yang ingin dicapai adalah untuk mencari hikmah di sebalik ciptaan Allah SWT, mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan melihat dan merasai kebesaran Allah SWT.

Belajar menganyam

Para peserta telah diberikan taklimat program dan ice-breaking bagi merapatkan ukhuwah sesama mereka. Kuliah pertama telah disampaikan oleh Pakcik Amran bin Yeop bertajuk ‘Adab Makan Minum Rasulullah SAW’. Ia bertujuan mendidik para peserta menghayati sunnah Rasulullah SAW di samping ibadah khusus dan umum yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Seawal jam 5.30 pagi, para peserta telah bersiap sedia untuk solat subuh dan kuliah subuh telah disampaikan oleh Cikgu Zul Safaruddin Mat bertajuk ‘Mengenal Diri’. Aktiviti diteruskan dengan ‘Kembara Rimba’. Para peserta sangat bersemangat walaupun terpaksa meredahi hujan.

Riadah bersama Orang Asli

Pada sebelah petang peserta lelaki melakukan acara sumpitan manakala peserta perempuan melakukan anyaman daun. Anak-anak berjaya melakukannya dengan baik dan dapat mengumpul markah untuk setiap kumpulan. Pada sebelah malam pula, para peserta diberikan pengisian oleh Ustaz Aizul Ahyar bertajuk ‘Shajaah (berani)’.

Warga perempuan KASeH

Akhir sekali, KASEH telah melabuhkan tirai dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Cikgu Zul Safaruddin Mat serta penyampaian hadiah kepada para peserta dan semua tenaga penggerak kem. Diharapkan semoga usaha dan niat KASEH untuk menyambung tugas para nabi dan sahabat akan diterima Allah, insyaAllah.

Warga lelaki KASeH

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri