KASeH Kedah Melentur Anak Soleh Penyejuk Jiwa

By | May 14, 2012 at 4:24 pm | 1,000 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Merbok, 14 Mac- Kem Anak Soleh (KASeH) Siri 1/2012 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah dengan kerjasama HALUAN Cawangan Kedah telah berjaya diadakan pada 15 hingga 16 Mac yang lalu. RIMBA kali ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta masing-masing terdiri daripada  17 perserta lelaki dan 23 perserta perempuan rata-rata berumur dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun.

KASeH kali ini bertemakan  “Anak Soleh Penyejuk Jiwa” yang memberi penekanan melalui beberapa objektif; pendedahan asas Islam, Ibadah Solat dan Akhlak terhadap ibubapa, membina kemahiran pengurusan diri, melahirkan peserta yang sayang dan ingin berbakti kepada ibubapa, dan memupuk kerjasama sesama rakan sebaya.

Program dimulakan dengan taklimat program dan sesi ice-breaking serta pembahagian 3 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan peserta peserta perempuan. Pada sebelah petang, peserta didedahkan penghayatan bacaan dalam solat serta amali. Peserta juga diberi peluang untuk bermandi air terjun di dalam kem dan di Chandi Lembah Bujang.

Peserta lelaki di Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Pada sebelah malam, peserta melalui 2 aktiviti iaitu tadabbur alam dan sesi muhasabah diri yang dikendalikan oleh fasilitator Remaja HALUAN Kedah. Pada keesokan harinya, peserta berpeluang merasai suasana war games seawal jam 7.30 pagi. Peserta juga bergotong-rotong membersihkan kawasan kem sebelum majlis penutup.


Peserta lelaki di kawasan Air Terjun Lembah Bujang

Pengarah program, saudara Abu ‘Ubaidah Sharudin berharap agar program ini dapat diteruskan pada setiap cuti penggal persekolahan agar peserta dapat melalui semua modul yang telah disusun dalam setahun. Bagi Komandan Kem, saudara Muhammad Arif bin Ismail pula berkata, “Saya berharap agar kem sebegini dapat diteruskan ke siri kedua dan para peserta dapat menjadi anak yang soleh kepada ibubapa dan masyarakat”.


Riadah di sungai

Laporan disediakan oleh Abu Ubaidah bin Sharudin

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri