Kami Pemuda Pemudi KAHFI Timur !

By | June 18, 2012 at 10:42 am | 1,158 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Timur

Setiu – Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) zon Timur pada 14 hingga 16 Jun 2012 di lokasi pilihan Agro Resort, Setiu. Seramai 128 orang peserta telah menyertai kem pada kali ini. Sebanyak 40 orang tenaga penggerak urusetia dan fasilitator HALUANSISWA Zon Timur telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program KAHFI kali ini.

Aktiviti Uji Minda semasa Jungle Trekking

Jawatankuasa pelaksana kem pada kali ini diketuai oleh En Mahmud bin Jaafar, Penasihat KeARAH Kelantan. Kem dibawah pimpinan saudara Salman Azmin selaku kem komandan dan dibantu oleh timbalan kem komandan, saudari Rumaisa’ Nordin ini mempunyai misi yang besar untuk dicapai. Antara objektif yang diletakkan ialah melatih ahli KeARAH yang memiliki ikatan ukhwah Islamiyah yang sebenar dan juga melatih ketahanan diri serta kecergasan fizikal agar mampu berdikari dalam semua keadaan.
Pada hari pertama, selepas taklimat ringkas program, para peserta melibatkan diri dalam aktiviti Pecahkan Ais, Kita Sepasukan! yang menyediakan pelbagai permainan menarik dan menguji minda termasuklah Balak Manusia, Surat Layang, Bentuk Kod, Ikatan Muhibbah dan sebagainya.

Pemudi KAHFI

Menjelang hari kedua, para peserta berpeluang untuk menjadi chef muda sehari dengan menghasilkan menu sarapan dan makan tengah hari sendiri melalui aktiviti Dapur Berasap. Seterusnya, peserta mengikuti modul KAHFI Cergas 1 yang mana mereka berkesempatan untuk berkayak di sekitar tasik resort dan juga mampu membina keyakinan diri ketika aktiviti Flying Fox. Manakala pada sebelah petang, slot Pengurusan Organisasi kendalian En Razali Maarof berjaya membangkitkan semangat dan kesedaran dalam kalangan peserta untuk menjadi daie’.
Malamnya pula, slot Bicara Murabbi dan Refleksi Diri yang dikendalikan sepenuhnya oleh para penggerak KAHFI mendapat respond yang sangat memberangsangkan daripada para peserta. Perkongsian pengalaman dan realiti hidup yang menyentuh hati mereka telah mencapai objektif apabila sesi ini berjaya membangkitkan kesedaran peserta untuk terus berada dalam dakwah dan tarbiyyah. Menurut adik Mastura Mohd Nasri dari Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Agamas Swasta Kg. Laut ( SMASKL ) , beliau berasa sangat bersyukur kerana senior-senior sudi berkongsi pengalaman tentang kesedaran hidup dalam tarbiyyah kerana belum pernah ada suatu kem yang mengkhususkan satu slot untuk refleksi realiti di sekolah.

Berkumpul sebelum masuk gua

Aktiviti Nightwalk di sekitar tapak perkhemahan pada awal pagi adalah sebagai pembuka tirai hari terakhir program ini. Seusai sarapan, peserta mengikuti jungle trekking di trek khas yang disediakan khusus untuk aktiviti mencabar ini. Istimewanya, selari dengan nama program ini, peserta dapat menjelajah gua di samping mendaki bukit dan meneroka hutan.
KAHFI kali ini melabuhkan tirainya menjelang menjelang petang dengan acara perasmian penutup oleh Dr Mohd Ariff bin Mohd Rashid, Timbalan Pengarah 2 HALUAN Kelantan. Semoga Allah menerima amalan kami semua insya-Allah.

Flying Fox

Kayak

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri