KAHFI Zon Utara 2015 – Memori Terindah

By | June 12, 2015 at 8:19 am | 507 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Wilayah Utara, Remaja dan Mahasiswa

Merbok, 3 Jun 2015 – Kem Asah Fakulti Insan atau lebih dikenali sebagai KAHFI telah diadakan di Kem Merbok Indah, Merbok, Kedah bagi zon utara pada 3 hingga 5 Jun yang lalu. Kelab Remaja Haluan ( KeARAH) telah mensasarkan peserta daripada Tingkatan 1 hingga 5. KAHFI Zon Utara 2015 menerima sambutan memberangsangkan dengan komposisi peserta seramai 98 orang dari negeri-negeri utara semenanjung Malaysia.

Team Building

Dipimpin oleh Saudara Muhammad Radhi bin Abdul Rahman sebagai Pengarah program dan Saudari Nur Ayuny binti Roslan sebagai Timbalan Pengarah, KAHFI Zon Utara 2015 membawa tema ‘Remaja Bertaqwa Harapan Ummah’ selari dengan objektif utama iaitu menerapkan fikrah Islam sebagai cara hidup dan mengukuhkan tarbiyah dzatiyah dalam jiwa setiap peserta serta membina jaringan ukhwah sesama peserta dan para penggerak kem.

Helaian kenangan KAHFI Zon Utara 2015 dimulakan dengan pendaftaran seawal jam 8.30 pagi dan perasmian pembukaan oleh Cikgu Zamri bin Mat, Pengerusi KeARAH Kedah. Hari pertama berlalu dengan sesi KAHFI Leadership Games pada sebelah petang yang secara dasarnya menguji IQ para peserta dan skil kepimpinan dalam menyelesaikan cabaran diberikan. Sebelah malam pula, Ustaz Hanif bin Ahmad telah dijemput untuk membantu para peserta membaiki bacaan Surah Al-Fatihah. Hari pertama ditutup dengan Slot Oh Ummahku yang dikendalikan oleh Ustaz Nasrul Islam bin Darus Senawi. Para peserta KAHFI Zon Utara 2015 telah memberikan respon yang baik sepanjang slot ini selain mencatat segala isi penting yang disampaikan oleh Ustaz Nasrul Islam.

“Bagaimana sembelihan mengikut syara’?”

Pagi hari kedua dihangatkan oleh aktiviti Tempur Tangan Kosong yang dikendalikan oleh fasilitator dan urusetia sebelum meneruskan KAHFI Adventurous iaitu aktiviti jungle trekking. Menurut salah seorang peserta, mereka telah berjalan merentas hutan dan sungai serta menyelesaikan tugasan di dua checkpoint sebelum kembali ke kem. KAHFI Zon Utara 2015 juga telah membuat kelainan dengan memberi peluang kepada para peserta untuk menyembelih ayam. Slot sembelihan yang dikendalikan oleh Ustaz Umar Aiman bin Osman telah memberi pengalaman baru kepada kebanyakan para peserta. KAHFI Zon Utara 2015 dimeriahkan lagi dengan pertandingan memasak atau Chef De KAHFI. Para peserta telah menggunakan ayam-ayam yang telah disembelih dalam pertandingan memasak untuk  menunjukkan kreativiti masing-masing. Tirai hari kedua ditutup dengan slot Didiklah Diri Sepanjang Hayat yang juga dikendalikan oleh Ustaz Umar Aiman.

 

Resepi puteri ketika Chef De KAHFI

Hari terakhir KAHFI Zon Utara 2015 dibuka dengan satu sesi Dialog; Aku, Remaja dan Tarbiyah. Moderator sesi dialog ini telah dipilih dalam kalangan peserta sendiri iaitu Muhammad Izuddin Khalis bin Sa’adan dan para panelnya pula ialah Saudara Muhammad Ikhwan bin Mahadzir, Cikgu Ghazali bin Saad dan Saudari Nur Mayamin binti Uzir. Majlis Penutup kemudiannya disempurnakan oleh Cikgu Mansor bin Daud, Pengerusi Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja HALUAN Kedah.

KAHFI Zon Utara 2015 telah menerima banyak respon positif daripada para peserta. Medan KAHFI Zon Utara 2015 merupakan satu platform latihan yang sangat bermakna bagi para penggerak KeARAH Zon Utara di mana ia telah menguji pelbagai aspek mental, rohani mahupun jasadi sepanjang melaksanakan program ini. Pihak KeARAH mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang telah menjadikan KAHFI Zon Utara 2015 lebih bermakna.

 

 

Disediakan Oleh,

Ummu Aiman Azmi,
Setiausaha KAHFI Zon Utara 2015

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri