KAHFI Zon Utara 2012 Melabuh Tirai

By | June 10, 2012 at 12:47 pm | 763 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Wang Mu, Perlis 8 Jun – Kelab Remaja HALUAN Zon Utara telah menganjurkan Kem Asah Fakulti Insan (KAHF) dari 4 hingga 6 Jun 2012 di Kem Wang Mu, Perlis dengan penyertaan seramai 49 orang peserta,terdiri daripada 29 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
KAHFI Zon Utara telah dilaksanakan oleh 24 orang urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli HALUANSISWA, penasihat Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) negeri-negeri zon utara dan anggota HALUAN Kedah/Perlis.

KAHFI Race

Penasihat Kelab Guru Haluan Perlis Tuan Haji Mohd Adi bin Ismail berkata kepada para remaja perlu menjadi pewaris kepada apa yang telah dibawa oleh para ulamak dan tokoh-tokoh Islam. ‘Saya berharap agar program seperti ini dapat melahirkan remaja yang berjiwa kental dalam menghadapi cabaran globalisasi dewasa ini’ katanya semasa merasmikan program tersebut.

Program KAHFI kali ini yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran, Memacu Perubahan” dengan jayanya telah melaksanakan aktiviti berdialog dua hala antara penceramah jemputan dengan para peserta dibawah tajuk ‘Remaja, Kini Hingga 15 Tahun Ke Hadapan’. Para penceramahnya terdiri daripada Pengerusi BPKR Perlis, Encik Misnan bin Tahir dan Puan Hajah Wan Rozina binti Wan Musa selaku Timbalan Pengerusi BPKR Perak. Peserta turut disajikan dengan ceramah bertajuk ‘Cabaran Terhadap Remaja Dalam Zaman Sains dan Teknologi’ oleh Prof. Dr. Zakaria bin Abdul Wahab dari UNIMAP.

Selain daripada itu, aktiviti lain yang menarik ialah KAHFI race, di mana para peserta dibawa menyeberangi sungai sebelum mendaki Bukit Wang Mu. Para peserta amat teruja dengan aktiviti ini dan merasakan ia adalah pengalaman yang amat berharga. KAHFI Zon Utara ini telah diketuai oleh Encik Zamri Mat selaku Penasihat Program, Saudara Muhammad Suhaib Mohd Shapiee selaku Pengarah Kem dan Muhammad Fayruz Azhar berperanan sebagai Kem Komandan.

Kembara Tarbawi

KAHFI merupakan program berkala di peringkat zon di bawah Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja Haluan (BPKR) dan dikendalikan oleh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) khas untuk anak-anak ahli HALUAN dan remaja yang pernah menyertai program-program KeARAH/HALUAN. Selain di utara, KAHFI turut diadakan di empat lagi zon yang lain yakni KAHFI Zon Tengah, KAHFI Zon Timur dan KAHFI Zon Selatan dan KAHFI Zon Malaysia Timur

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri