KAHFI Zon Selatan 2012 Berkampung Bersama PALAPES

By | June 11, 2012 at 10:17 am | 740 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Selatan

Skudai , Johor  7 Jun – “Anak-anak dari kampung saya seramai 6 orang menghadiri KAHFI2012 ini setelah mereka menyertai Kem Motivasi Remaja KHIDMAH 2010 dan Kem Minda Kreatif 2011, kerana ia memberikan mereka kesinambungan dalam meningkatkan pelbagai aspek pembangunan insan, Kg Seri Paya akan terus melibatkan para remaja dalam aktiviti-aktiviti anjuran HALUAN Johor”Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar, Ketua Kampung, Kampung Seri Paya, Kulaijaya, Johor. Beginilah respon yang diterima oleh pihak Kelab Remaja HALUAN ( KeARAH ) Zon Selatan.

KeARAH  Johor  dengan kerjasama PALAPES  telah menganjurkan Kem Asah Fakulti Insan ( KAHFI ) dari 4 hingga 6 Jun 2012 di Pusat Latihan PALAPES, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dengan penyertaan seramai 53 orang peserta,terdiri daripada 21 orang lelaki dan 32 orang perempuan yang rata-ratanya penduduk sekitar Johor.

Peserta perempuan

Program KAHFI kali ini yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran, Memacu Perubahan” berobjektifkan memperteguhkan aspek pemantapan kendiri dalam diri remaja melalui penyampaian berkaitan tarbiyah kendiri, teori dan amali ikhtiar hidup dan mengenalpasti punca dan penyelesaian masalah remaja masa kini  dengan jayanya telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pada hari pertama ceramah Cabaran Remaja Masa Kini, Night Walk , hari kedua pula pertandingan Obstacle Course, Teori dan Amali Ikhtiar Hidup yang dikendalikan oleh Pegawai Waran 2 Kipli ak Bagok (Jurulatih PALAPES UTM) – Teori dan Amali Ikhtiar Hidup dan pada hari terakhir pula peserta telah melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )  Permasalahan Remaja dan Pembentangan dan Majlis Perasmian Penutup 3. Ustaz Mahmad bin Kardi (NYDP HALUAN Johor) – Perasmian Penutup

Peserta lelaki

Selain daripada itu, para peserta turut berpeluang bertemu dengan  Ustaz Hilal Asyraf bin Abdul Razak ( Pemilik LangitILahi.com) yang turut menyampaikan  ceramah bertajuk Tarbiyah Kendiri yang pasti menjadi pengalaman manis buat semua peserta.

Alhamdulillah , KAHFI2012 pada kali ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sentiasa mendapat penyertaan hasil daripada keberkesanan program-program remaja yang dianjur oleh HALUAN Johor seperti Kem Minda Kreatif, Kem Motivasi Remaja di kampung-kampung angkat melalui program Khidmat Masyarakat HALUAN(KHIDMAH) atau lain-lain program remaja hasil kerjasama dengan sekolah-sekolah angkat terpilih.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri