KAHFI Wilayah Timur 2014 Melabuhkan Tirai

By | April 4, 2014 at 6:58 pm | 480 views | No comments | Artikel Bacaan, Artikel Umum, Berita, KeARAH Wilayah Timur

KUANTAN, 26 MAC 2014 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Pahang telah menganjurkan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) Zon Timur 2014 bertempat di Ville Camp , Kuantan,Pahang. Program 3 hari 2 malam ini bermula pada Isnin, 24 Mac yang lalu dan telah disertai oleh 60 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut Encik Abdullah Zawawi selaku pengarah KAHFI, kem ini dilaksanakan dalam usaha untuk mendidik dan membina keteguhan iman serta sahsiah para remaja dengan menjadikan Ashabul Kahfi seperti yang telah diceritakan dalam kitab suci Al-Quran sebagai qudwah dan contoh teladan.

Para peserta telah berpeluang merasai sendiri pengalaman berkayak, menyeberangi jambatan tali, melalui pengalaman eksplorasi serta mentadabbur keindahan alam pada malam hari dalam usaha menyelusuri keindahan alam ciptaan Ilahi sekaligus membina kekuatan dalaman melalui pelbagai cabaran yang memerlukan ketahanan minda mereka untuk melepasi segala cabaran.

Memetik kata-kata daripada Encik Razali Maarof dalam slot penutup, “Dalam menghadapi cabaran era globalisasi kini, para remaja perlu menyiapkan diri dengan benteng dan ‘gua’ keimanan agar tidak mudah terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan” menjadi pemangkin kepada para peserta meneruskan perjuangan mereka sebagai pemuda pemudi KAHFI dalam kalangan masyarakat kini.

 

Laporan disediakan ,
Nurul Jamiiah Abdul Samat ,
Penggerak KeARAH Wilayah Timur.

 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri