Jom ke HALUAN YoungStars Annual Gathering 2015 , STAR!2

By | November 16, 2015 at 10:50 pm | 472 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Nasional, KeARAH Wilayah Tengah, Remaja dan Mahasiswa

BANDAR BARU BANGI, 12 NOV 2015- Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama Masjid Putra Putrajaya, bakal mengadakan HALUAN YoungStars Annual Gathering (STAR!2)  pada 5 Disember 2015 yang akan mengumpulkan para remaja lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk negara.

Program sehari suntuk ini akan diadakan di Masjid Putra yang bertemakan “Mencorak Generasi Melalui Akhlak Terpuji”, terbuka kepada remaja yang berusia 13-17 tahun dan terhad kepada 350 orang sahaja. Ini adalah merupakan program kali kedua, setelah pertama kalinya diadakan di Pendang Lake Resort pada tahun 2013 yang lalu.

Antara objektif STAR! kali ini adalah menyediakan ruang kepada peserta bagi mendapat maklumat dan pengalaman daripada tokoh – tokoh yang hebat dalam bidang pendidikan dan pembangunan remaja. Selain dapat mengenalpasti jalan penyelesaian isi-isu terkini yang berkaitan dengan remaja, peserta juga dapat mencungkil bakat dan potensi remaja dalam kepimpinan dan kreativiti melalui pertandingan yang disediakan.

Aktiviti utama program ini adalah konvensyen remaja, pameran dan pertandingan. Pemenang pertandingan akan dianugerahkan dengan Anugerah Remaja pada sebelah malamnya.

Konvensyen sebelah pagi bakal menampilkan para pembentang yang berwibawa termasuk Prof. Dr Azizan Ahmad, Ustazah Fatimah Syarha , Tuan Razali Maarof dan Ustaz Umar Aiman, yang bakal mengemukan idea-idea baru serta pendapat yang bernas dalam membincangkan isu-isu dan kecenderungan remaja hari ini. Selepas tengahari satu sessi perbincangan dan Sidang Pleno akan diadakan bagi mencari pelan bertindak bagi para remaja terutama dalam aspek akhlak yang menjadi tema kali ini.

Sebelah petang akan diadakan pertandingan secara selari; video pendek, pengucapan awam dan larian. Pertandingan lain seperti penulisan sajak, fotografi, Inovasi kreatif, juga akan diadili sepanjang program ini. Kemuncak program ini adalah malam anugerah, dimana pemenang pertandingan akan di anugerahkan mengikut kategori pertandingan, dan di selang seli dengan persembahan daripada para peserta. Manakala sepanjang hari juga akan diadakan pameran dalam hal kesihatan, kecergasan, rekreasi dan pendidikan.

Yuran dikenakan hanya RM 20.00 sahaja .

JOM SERTAI SEKARANG ! Cungkil dan Serlahkan bakat anda di STAR !

Pendaftaraan Online di http://goo.gl/YzXtXx

Maklumat lanjut sila like FB STAR! https://www.facebook.com/KeARAHyoungStars/

 

mainpost

Jom DAFTAR dan SERTAI sekarang !

Ayuh adik adik ,
CUNGKIL dan SERLAHKAN BAKAT ANDA di STAR!2015
Terdapat 6 PERTANDINGAN yang disediakan :

FOTOGRAFI
 VIDEO AKTIVITI
 VIDEO PENDEK
 PENULISAN SAJAK
 PENGUCAPAN AWAM
 INOVASI KREATIF
 LARIAN

Sila muat turun borang penyertaan pertandingan di :
https://goo.gl/WUZ60D

HANTAR karya anda beserta Borang Penyertaan Pertandingan STAR! 2015 selewatnya JAM 9 PAGI , 5 DISEMBER 2015 di MASJID PUTRA

atau email ke : kearaHALUAN@gmail.com

atau pos ke HALUAN MALAYSIA , A-03-1 Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi

Apa tunggu lagi , jom sertai sekarang ^_^
HADIAH MENARIK menanti anda !

tanding1

tanding3

tanding4

tanding5

tanding2

tanding6

tanding7

tanding8

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri