Jom Bersama Mereka , Muslim Rohingya

By | August 13, 2012 at 7:53 am | 845 views | No comments | Artikel Bacaan, Isu Semasa

Apa yang berlaku di Myanmar? Siapa Muslim Rohingya?

Pasti ramai tertanya-tanya lagi dan samar tentang siapa mereka dan apa yang mereka alami bukan?
Disini saya ingin berkongsi mengenai kesengsaraan sahabat muslim kita di Negara Myanmar atau juga dikenali sebagai Burma suatu ketika dahulu.

Untuk pengetahuan semua, warga Buddha Rakhine sedang melakukan pembunuhan besar-besaran keatas rakyat muslim Rohingya di Myanmar.
Tindakan mereka ini disokong pula oleh kerajaan tanpa sebarang bantahan, malahan tekanan dikenakan pula kepada muslim Rohingya yang nyata tertindas!

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apa bila secara tiba-tiba, Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di Negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang Burma Citizen Law of 1982 yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai pendatang di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang tertangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.
Jenayah anti-Muslim di Burma. Seorang pemuda beragama Buddha berjalan pulang selepas selesai menjalankan misi. Membakar rumah dan perkampungan orang Islam di Burma dalam proses penghapusan etnik Muslim di sana.

Allah! kerajaan Myanmar, polis dan tentera tidak mengambil apa-apa tindakan malah menyekat dari muslim Rohingya dari memiliki sebarang bentuk senjata, pisau dan parang. Mereka perlu mendapatkan kelulusan polis untuk memiliki barang-barang tersebut.

Semoga Negara-Negara muslim yang lain sudi menghulurkan bantuan insyaAllah. Negara mana lagi?? MALAYSIA lah..!!

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka..”(HR Thabrani)


Jom bersama mereka!

Nukilan :
Ainul Mashitah Binti Amran
Diploma Sains Komputer(Teknologi Maklumat)
Kolej Teknologi Darulnaim , Kelantan(KTD)

Photo :
http://www.islamedia.web.id/ 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri