Islam Cara Hidup Kami di KMK Johor 2012

By | November 20, 2012 at 8:56 pm | 10,027 views | 2 comments | Berita, KeARAH Wilayah Selatan

Kota Tinggi, 16 November – Kelab Remaja Haluan dengan Kerjasama Sekretariat Urusetia dan Fasilitator dalam kalangan Haluan Siswa telah menganjurkan Kem Minda Kreatif siri ke-8 di Kem Jeram Gunung Panti, Kota Tinggi. Lebih daripada 90 orang peserta telah menghadiri KMK kali ini dan Alhamdulillah respon yang sangat positif telah diberikan. Bertemakan “Remaja Kontemporari Mencorak Identiti”, KMK kali ini berobjektifkan kepada membina kefahaman dan kesedaran Islam dalam kalangan peserta yang rata-ratanya remaja yang berumur 13-15 tahun. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga mengfokuskan berkenaan Ibadah dalam Islam bagi membolehkan para remaja merasai bahawa Islam itu adalah cara hidup dan ibadah sepanjang masa.

Peserta menikmati pemandangan dari Gunung Panti

KMK kali ini telah dipimpin sepenuhnya oleh Huzaifah Azra’ai selaku Komandan Kem dan Timbalannya Nadhirah Atikah Khirunasir. Pelbagai modul telah dijalankan antaranya modul ice breaking, modul Kembara dan juga modul asas ibadah dalam Islam. Modul kembara merupakan antara modul yang mencabar kerana para peserta perlu mendaki Gunung Panti bermula pagi sehingga petang.

Barisan penggerak pemudi

Secara keseluruhannya KMK kali ini mendapat pujian daripada Tuan Pengarah Program Encik Ahmad ‘Akif Adam dan beliau mengucapkan jazakumullahukhayran katheera kepada semua fasilitator dan urusetia yang komited dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. Beliau mengingatkan kepada para fasilitator dan urusetia bahawa KMK yang dijalankan ini bukanlah seperti Kem biasa, tetapi Kem yang ingin memberi dan membentuk kefahaman Islam kepada para peserta dan berharap agar ianya dikira sebagai amal soleh.

Barisan penggerak pemuda

Disediakan oleh:
Sarah Hamizah Zainal Abidin,
Timbalan Pengarah KMK Johor 2012.

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

2 Comments

  1. LOVE LISA (4 years ago)

    Bila HALUAN Johor nak buat aktivity lagi?

    • Radhi (4 years ago)

      InshaALLAH , pihak HALUAN Johor tengah membuat persiapan.

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri