Profil KeARAH Nasional

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) yang menjalankan pelbagai aktiviti dan program pendidikan dan pembangunan insan dan jatidiri remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah. KeARAH yang bermotokan ‘Kehadapan, Aktif dan Responsif’ telah menginisiatifkan pelbagai pendekatan untuk menarik minat golongan remaja supaya melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akademik, di samping melatih mereka dalam aktiviti kemasyarakatan, komuniti dan kesukarelawanan.

Kelab Remaja HALUAN is a club under a non-governmental organisation (NGO); Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) through its Family and Teenager Development Bureau. Kelab Remaja HALUAN (usually known as KeARAH) runs various activities and programmes concerning personal development and education for teenagers still in school. Kelab Remaja HALUAN with its motto, “Kehadapan, Aktif & Responsif dalam Mencari redha Allah” (english: “Forward, Active and Responsive in seeking Allah’s pleasing”) has initiated multiple approaches to attract teenagers to participate in programmes relating to personal development and academic excellence whilst training them in communal and volunteering activities.

Misi

  • Membuka medan dan menyediakan wasilah gerak kerja perkembangan potensi remaja.
  • Menggembleng tenaga dalam merancang, mengatur dan melaksanakan pelestarian sumber manusia secara berhikmah.
  • Menyebarluaskan kesedaran dan menjuruterai generasi yang produktif, responsif dan efektif.

Mission

  • Provides platform for the efforts of developing the potential of teenagers.
  • Wisely generates workforce in planning, organising and executing sustainable human resources.
  • Spreads awareness and engineers a productive, responsive and effective generation.

Visi

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) mencorak kepimpinan dan menerajui perubahan remaja.

Vision

Kelab Remaja HALUAN shapes leadership and leads changes in teenagers.

Nilai-Nilai Bersama

i. Kehadapan

Sentiasa menerajui aktiviti yang mendatangkan kebaikan, dan menjauhi segala unsur kejahatan.

ii. Aktif

Aktif dalam mencari dan mengamalkan ilmu yang menjurus kepada kehidupan murni yang lengkap dan sempurna.

iii. Responsif

Peka dengan suasana semasa dan segera menghulurkan bantuan dengan sifat kasih, sayang dan hormat-menghormati.

Shared Values

i. Forward

Always forward in activities concerning virtues, and stay out of all elements of mischief.

ii. Active

Active in seeking and applying knowledge that leads to virtuous life in complete and perfect manner.

iii. Responsive

Aware on current issues and quick in offering assistance with love and respect.

KeARAH giat menganjurkan pelbagai program dan aktiviti khas untuk pembinaan jatidiri remaja dan kanak-kanak sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

Kelab Remaja HALUAN organised various multilevel activities involving the general public, its members as well as teen leaders, including, but not limited to:

  • Kem Minda Kreatif ( KMK )
  • Kem Anak Soleh ( KASeH )
  • Kem Asah Fakulti Insan ( KAHFI )
  • Program Tuisyen Intensif ( POTENSI )
  • Empire Miracle Of Synergy Camp ( EMOSI )
  • HALUAN YoungStars Annual Gathering ( STAR! )
  • Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN ( PeWARIS )
  • Kursus Pembangunan Fasilitator & Urusetia ( FURSAN )
  • Monthly Gathering (Liqo’ / Ijtima’)
  • Sukan & Rekreasi
  • Halaqah & Usrah

 

Hubungi Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional:

Muhammad Radhi Abdul Rahman

No Telefon | +6013 474 9725

E-mail | kearah@haluan.org.my

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri