Kangar , 8 Jun , Alhamdulillah , telah berlangsungnya Program Pembangunan Pewaris Perlis (PERMAI) bertempat di Maahad Attarbiyah Islamiyyah (MATRI) yang dihadiri seramai 43 orang peserta . Objektif program ini adalah merapatkan dan menyuburkan ukhuwah antara ‘senior’ dan ‘junior’ KeARAH serta menyediakan medan amal untuk melatih pelapis KeARAH. Antara pengisian PERMAI kali ini ialah slot penyampaian yang disampaikan oleh penceramah iaitu Ustaz Abdul Saleem Abdul Wahab dan Ustaz Luqmanul Hakim Muhd Jamil yang kedua-dua mereka ialah pelajar Universiti Islam Madinah yang juga merupakan penggerak KeARAH.Antara tajuk pengisiannya ialah Remaja,Pemuda dan Pewaris oleh Ustaz Luqmanul Hakim manakala Ustaz Saleem menyampaikan pengalaman beliau membangun bersama KeARAH. PERMAI ditutup dengan sesi perkongsian manfaat melibatkan diri secara aktif sebagai fasilitator dan urusetia program-program KeARAH oleh abang-abang dan kakak-kakak KeARAH.Semoga PERMAI yang telah berlangsung ini memberi suntikan kepada para peserta untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
“Kita bukan pemula mahupun penutup perjuangan tapi kita adalah penerus mata rantai perjuangan Islam. Jadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan Islam ini, perlunya kita merekrut penerus mata rantai ini agar ia tidak terputus di tengah jalan. Maka perlunya golongan pelapis dalam perjuangan yang perlu dibentuk terlebih dahulu sebelum diletakkan di medan sebenar”
Assyahid Syed Qutb.
Peserta lelaki PERMAI
Peserta wanita PERMAI
Hadiah buat penceramah jemputan,Ustaz Luqmanul Hakim
Tanpa mengira usia,mencatit adalah kemestian
Perkongsian antara senior & junior KeARAH